Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011



Selamat Tahun Baru 2011 kepada rakan2 pengunjung blog dariku untukmu. Semoga tahun baru ini akan lebih membawa kerahmatan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada yang sudi menjengah ke laman blog ini dan hendaknya anda semua masih lagi sudi melayari laman blog yang serba kekurangan ini.

Sunday, November 28, 2010

Khasiat Daun Misai Kucing



PETUA MERAWAT MIGRAINE

Ambil daun misai kucing dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
"Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"
Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

NOTA:
Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur. Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

Khasiat Bunga Cempaka Putih


Pitam
1. Ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.
2. Kemudian, rebus bunga tersebut hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, sejukkan air rebusan tersebut sehingga agak suam kuku dan minum.


Bronkitis
1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.
2. Kemudian, rebus bunga tersebut sampai mendidih.
3. Seterusnya, biarkan air rebusan itu sehingga ia agak suam-suam kuku.
4. Tuangkannya ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit madu.
5. Akhir sekali, kacaukannya dan minum.


Bisul
1. Petik beberapa helai daun cempaka putih yang masih segar-bugar.
2. Lapkannya agar bersih dan tumbuk daun tersebut agar ia lumat.
3. Tampal atau tepek daun yang telah dilumatkan itu ke tempat yang ditumbuhi bisul.
4. Pastikan anda telah mencuci bisul terlebih dahulu dengan air suam, sebelum menepek daun tersebut.

Mencerahkan Kulit Muka


Bahan-bahannya :-
1) Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini.
Sama-sama lah kita renungkan segala kebaikan di sebalik perayaan ini.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau didalam bahasa Arab disebut Eiduladha merupakan perayaan yang dirayakan di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Aidiladha juga adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya. Peristiwa ini adalah ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail ,tapi Allah s.w.t. telah menukarkannya dengan seekor qibas (biri-biri).

Selain itu juga, seperti hari raya Aidilfitri, di pagi hari raya Aidiladha,kita disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan sedikit wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.7 kali takbiratulihram pada rakaat pertama dan 5 kali di rakaat kedua.

9 Zulhijjah

Sedikit Tazkirah untuk renungan bersama :-


Rasulullah bersabda bermaksud: “Haji itu adalah wukuf di Arafah." Dengan kata lain bahawa puncak daripada ibadat haji itu adalah melaksanakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah.


Baginda bersabda lagi bermaksud:

"Sebaik-baik doa adalah di Arafah." Pada saat berwukuf itulah dikatakan bahawa Allah membangga-banggakan hamba-Nya yang sedang berwukuf kepada penghuni langit iaitu malaikat.


Muslimin yang tidak menunaikan haji, mereka masih dapat memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat.


Rasulullah bersabda:

"Tiada hari yang lebih disukai Allah melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pada Zulhijah.”


Bertanya sahabat: "Tidak juga jihad fi sabilillah yang Allah lebih sukai?" Jawab Baginda: "Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali seseorang berjihad sabilillah dengan harta dan nyawanya sehingga dia tidak kembali lagi (mati syahid)."


Lantaran besarnya keutamaan hari Arafah itu, maka berpuasa sunat pada hari Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar. Hal itu sesuai dengan sabda Nabi: "Orang yang berpuasa pada hari Arafah (Zulhijah), Allah akan menulis baginya puasa enam puluh tahun dan Allah menuliskan baginya sebagai orang yang taat."


Rasulullah juga bersabda:

“Berpuasa pada hari Arafah (dapat) menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan menghapuskan dosa setahun yang akan datang."


Semoga kita dapat merenung keadaan diri kita dan mengambil pedoman dari apa yang dikongsikan.





Monday, November 15, 2010

Agar Kelihatan Menawan dan Langsing


Pakai Seluar Hitam:-

Salah satu “pakaian mesti ada” di dalam almari anda ialah seluar berwarna hitam. Warna hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan orang ramai agar mereka melihat anda dalam saiz yang lebih kecil. Dinasihatkan anda membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus. Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda perlu ada paling minima 3 helai seluar hitam sebagai koleksi.


Pakai Seluar Denim :-

Seluar denim mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.


PANDUAN MEMBELI:-

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim potongan khusus untuk kaum lelaki.


b. Jika anda ingin kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.


c. Beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana ia membantu mengubah pandangan orang lain terhadap dimensi punggung anda.


d. Jika anda memiliki peha yang besar, hindari rekaan seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki terutamanya peha. Ia akan menarik perhatian orang lain untuk melihat bahagian berkenaan.