Sunday, May 30, 2010

Di Mana Ada Kemahuan..

Nenek, 94 Tahun Terima Diploma

OAKLAND (California) : Seorang wanita dari San Leandro, Hazel Soares telah membuktikan bahawa tidak pernah terlewat untuk sesiapa memperoleh diploma dari pusat pengajian tinggi

Menurut Hazel, dia mengambil masa agak lama menamatkan pengajian kerana sentiasa sibuk.
“Namun, akhirnya saya berjaya dan saya amat gembira,” katanya.


Hazel yang mempunyai enam anak dan 40 cucu serta cicit dipercayai orang kedua tertua di dunia berjaya menamatkan pengajian di peringkat kolej.

Orang tertua pernah menamatkan pengajian di peringkat itu adalah wanita Kansas, Nola Ochs, kini 98, yang menerima ijazah sarjana dari Universiti Fort Hays tiga tahun lalu.

Lahir di Richmond, California, pada 1915, Hazel berkata, dia memang berhajat melanjutkan pengajian ke peringkat kolej selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Tinggi Roosevelt pada 1932.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan ketika itu Amerika Syarikat dilanda kemelesetan ekonomi parah, niatnya terhalang.

“Dalam keadaan begitu pun, saya tak pernah berputus asa,” katanya.

Hazel berkahiwn dua kali, membesarkan enam anak dan bekerja sebagai jururawat serta penganjur majlis sebelum bersara.

Hanya selepas itu dia memutuskan untuk menjadikan impiannya satu realiti.

Dia menghabiskan masa enam tahun mengikuti kursus di Kolej Chabot di Hayward sebelum mendapat ijazah bersekutu ketika berusia 85 tahun.

Hazel diterima masuk ke Kolej Mills pada 2007.

Anak bongsu Hazel, Regina Hungerford, berkata mereka amat kagum dan bangga dengan pencapaian wanita berkenaan.


“Perkara terpenting yang kami pelajari adalah, kita tak pernah terlalu tua untuk belajar,” katanya.

Speaker Parlimen AS, Nancy Pelosi, turut mengucapkan tahniah kepada Hazel selepas menyampaikan ucap utama pada majlis konvokesyen berkenaan.

Hazel turut mendapat sorakan daripada rakan sekuliah serta lebih 40 ahli keluarga.

Walaupun berusia lanjut, Hazel masih memandu sendiri dan bertemu doktor tiga tahun sekali serta tidak makan sebarang ubat-ubatan.

**
bahan : hmetro

Friday, May 28, 2010

Subkhidin Mohd Salleh

SUBKHIDIN MOHD. SALLEH PENGADIL PERTAMA LAYAK KE PIALA DUNIA AFRIKA SELATAN 2010

Sebelum ini nama Subkhidin bin Mohd.Salleh, 44 tahun seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Vokasional, Nibong Tebal, di Pulau Pinang tidak siapa pun yang kenal, namun pemilihannya untuk menjadi Pengadil Piala Dunia, di Afrika Selatan, pada 11hb Jun 2010 nanti, bukan saja telah mengharumkan nama negara, malah memberikan satu kebanggaan kepada warga pendidik di negara kita.. Subkhidin, yang berasal dari Butterworth, mula menjadi pengadil Bola Sepak sejak tahun 1990 dan diiktiraf ke Peringkat Antarabangsa oleh FIFA pada Tahun 2000.

Kita pasti akan rasa teruja melihat perlawanan Bola Sepak, Piala Dunia, satu-satu permainan yang paling popular dan berprestij di muka bumi ini diadili oleh anak Malaysia yang bernama Subkhidin, lebih-lebih lagi melibatkan perlawanan penting seperti Pasukan Brazil, Argentina, England dan lain-lain pasukan. Sebelum ini ada dua pengadil dari Malaysia telah diberi kepercayaan oleh FIFA untuk mengadili Piala Dunia, ( sebagai penjaga garisan), iaitu Allahyarham Kapten Bersara Halim Abd.Hamid, pada Piala Dunia 1998 di Perancis, diikuti oleh Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 di Jepun, tetapi hanya pembantu pengadil saja, berbeza denagn Subkhidin yang bertanggungjawab penuh di padang untuk mengadili perlawanan penting. Satu kebanggan yang sangat luar biasa saya rasa, malah seluruh peminat bola sepak tanah air turut merasa bangga.

Sebagai seorang guru, Subkhidin telah dijemput ke Putrajaya oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yasin di pejabatnya bagi menzahirkan rasa bangga atas pemilihan beliau ke Afika Selatan, mengadili Piala Dunia.

Subkhidin juga berjaya melepasi pelbagai ujian bagi membolehkannya dipilih menjadi pengadil bersejarah dan pastinya akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Ujian-ujian yang beliau lulus dengan cemerlang ialah:

  • Lari pecut 40m sebanyak 6 kali di bawah 6.20 saat.
  • Larian 10 pusingan sejauh 150m dan berjalan 50m sebanyak 20 kali


Dalam larian pecut 40m yang dilakukannya sebanyak 6 kali beliau mencatatkan kesemua keputusannya di bawah 6.00 saat. hebat..memang sangat hebat.

Bagi peminat-peminat bola sepak, pastinya belum lupa akan "jelingan manja", bekas Pengadil Terbaik Dunia, Pierluigi Collina sewaktu mengadili satu-satu perlawannan. Sama dengan Subhkidin yang saya anggap seorang pengadiL yang murah dengan senyuman, tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Semoga Allah SWT memberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik padanya, amin..

Sama-samalah kita nantikan rakyat Malaysia pertama yang
akan sama-sama berlari kesana kesini di atas padang bersama
pemain-pemain bolasepak terkenal seluruh dunia. Malaysia Boleh!!!



**
pinjam cite dari blog sekamar rindu

Budak 2 Tahun Ketagih Rokok

Kanak-kanak dalam gambar ini namanya Ardi Rizal, berusia 2 tahun dari Banyuasin, Indonesia, telah mula menghisap rokok sejak umur 18 bulan, dan pada umur sekarang, beliau telah menjadi ketagihan terhadap rokok. Malah beliau akan mengamuk jika tidak dapat menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.






Ayah kepada Ardi Rizal, Mohammed, 30 tahun berkata,”Ardi nampak sihat je, tak rasa ada apa-apa masalah pun”. Tabiat kanak-kanak ini menyebabkan keluarganya menanggung kos hampir RM25 sehari, kalau kira dalam rupiah tak pasti la pula berapa ribu kan?







Disebabkan rokok, badan beliau telah menjadi begitu obes sehinggakan menyukarkan beliau untuk keluar bermain dengan kanak-kanak lain. Kalau keluar bermain pun beliau tetap akan menghisap rokok.


Tapi dalam kes ni yang patut dipersalahkan ialah ibu bapanya yang sejak kecil telah
menyogok si budak Ardi ni dengan rokok menggantikan susu. Sedari kecil ketagihannya
telah melampau apa akan jadi pada Ardi Rizal bila dia meningkat dewasa.

Kilat Bebola

Sebuah foto yang menggambarkan kilat bebola
semula jadi, diambil pada tahun 1987 oleh seorang
mahasiswa di Nagano, Jepun.



Kilat bebola atau petir bola adalah satu fenomena tenaga elektrik atmosfera yang kontroversi dan menjadi bahan perdebatan. Istilah ini merujuk kepada laporan kilatan, biasanya objek berbentuk bulat yang mempunyai saiz yang pelbagai iaitu dari sebesar kacang polong sehingga yang mempunyai ukur lilit beberapa meter. Hal ini kadang-kadang dikaitkan dengan ribut petir, tetapi berlangsung jauh lebih lama daripada kilauan beberapa saat kilatan petir.

Ujikaji makmal telah menghasilkan kesan yang mirip, yang mana sekilas pandang menyerupai petir bola, tetapi sekarang tidak diketahui perkara ini sebenarnya yang berkaitan dengan fenomena yang berlaku secara semula jadi. Data saintifik kilat bebola semula jadi sukar didapati disebabkan kekerapan yang kurang dan di luar jangkaan. Anggapan akan kewujudannya dibuat berdasarkan laporan orang awam, dan kerana itu menghasilkan penemuan yang tidak konsisten. Disebabkan ketidak konsistenan ini dan kekurangan data yang boleh dipercayai, hakikat kilat bebola masih belum diketahui.[1] Sehingga baru-baru ini, kilat bebola sering dianggap sebagai khayalan atau penipuan, tetapi beberapa perbincangan dan teori saintifik telah cuba untuk menjelaskannya.

CIRI
*****

Penggambaran kilat bebola berbeza-beza. Ia telah digambarkan sebagai bergerak ke atas dan bawah, ke samping ataupun mengikut trajektori tak terduga, mengapung dan bergerak dengan atau menentang angin; tertarik, [2] tidak terpengaruh oleh, ataupun tertolak daripada bangunan, orang, kereta dan objek lain. Beberapa kisah menggambarkannya sebagai bergerak melalui jisim pejal kayu atau logam tanpa kesan, sementara yang lain memerikannya sebagai memusnah dan melakur atau membakar bahan tersebut. Penampilannya juga telah dikaitkan dengan kabel elektrik[3] dan juga ketika badai dan juga cuaca tenang. Kilat bebola telah digambarkan sebagai lut sinar, lut cahaya, warna-warni, menyala rata, memancarkan api, filamen atau percikan api, dengan bentuk-bentuk yang pelbagai antara bola, bujur, titisan air mata, batang atau cakera.

Bebola ini telah dilaporkan memencar dengan berbagai cara, seperti tiba-tiba menghilang, menghilang secara berperingkat, diserap ke dalam objek, "meletus", meletup kuat, atau bahkan meletup dengan kuasa, yang kadang-kadang dilaporkan sebagai merosakkan. Kisah juga berbeza akan bahayanya bagi manusia, daripada membawa maut kepada tidak merbahaya.


@@
info: ensiklopedia bebas.

Bintang Tiga Beradik

Bintang Tiga Beradik adalah nama yang diberikan oleh orang Melayu lama kepada sederet tiga biji bintang terang di buruj Belantik (Inggeris: Orion the Hunter). Ahli astronomi Arab menamainya (dari kanan ke kiri) sebagai Mintaka, Alnilam, dan Alnitak sempena tali pinggang pemburu itu. Walaupun terdapat beberapa nama lain, nama inilah yang diguna pakai dalam buku astronomi hari ini[1].
Mintaka berasal daripada perkataan al-minṭaqah (المنطقة), "tali pinggang", Alnilam daripada al-niẓam (النظام), "untaian (mutiara)", dan Alnitak daripada al-niṭaq (النطاق), "bengkung".

Selain daripada itu, ketiga-tiganya secara kolektif dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Al Nijād (اﻟﻨﺟﺎﺩ), "tali pinggang", Al Nasaq (اﻟﻨﺴﻖ), "garis", Al Alqāṭ (الاﻟﻘﺎﻂ), "labuci", dan Faqār al Jauzah (ﻓﻘﺎر اﻟﺟﻮزة), "tulang belakang Jauzah". Nama Arab yang lebih moden sedikit ialah Al Mīzān al Ḥaqq (اﻟﻣﻳﺯﺍﻦ اﻟﺤﻖ), "neraca sebenar" ("Neraca palsu" atau Al Mīzān al Baṭīl (اﻟﻣﻳﺯﺍﻦ اﻟﺑطﻴل)) merujuk kepada lengkungan bintang di selatan Bintang Tiga Beradik iaitu pedang Orion hingga ke bintang Saiph di kaki kirinya[2].

Johann Bayer, ahli astronomi Jerman abad ke-17 yang menyusun katalog bintang dalam bukunya Uranometria (1603), menamaï ketiga-tiganya menurut abjad Yunani iaitu delta (δ), epsilon (ε), dan zeta (ζ) - Delta Orionis, Epsilon Orionis, dan Zeta Orionis.


Kegunaan:-
Bintang Tiga Beradik terletak di Khatulistiwa samawi dan dijadikan panduan arah dan musim. Jika disambung dalam garisan lurus ke barat (dari Alnitak ke Mintaka), ia menunjukkan barat atau arah kiblat. Jika disambung terus ke bintang Heka di "kepala" Orion, ia menunjukkan arah utara. Ia juga digunakan untuk mencari bintang lain di sekitarnya. Dan oleh sebab ia muncul di langit malam dari Disember hingga Mac setiap tahun, ia menunjukkan musim sejuk di hemisfera utara.
>Belantik
dapat menunjukkan arah
ke bintang lain



Mintaka
*********
Mintaka (δ Ori) adalah bintang dedua yang magnitud kecerahannya 2.4 dan 6.8 dan warnanya putih berseri dan lembayung muda. Spektrum cahayanya menunjukkan ia bergerak sedikit sahaja. Bintang lembayung muda itu adalah gergasi biru jenis B manakala bintang putih yang lebih berjisim itu jenis O. Mintaka juga adalah bintang berubah dedua gerhana yakni salah satu bintang melintasi bintang satu lagi dan menggerhanakannya, menyebabkan kecerahannya menurun seketika

Alnilam
*********
Alnilam (ε Ori) berkecerahan 1.8 dan berwarna putih terang. Spektrum cahayanya bersifat "Sirian" yakni mirip spektrum bintang Sirius di buruj Anjing Besar atau Canis Major. Dari spektrumnya, Alnilam didapati berundur yakni menjauhi Bumi pada kelajuan 26.6 km/s. Alnilam mencapai puncaknya yakni berada tegak di atas kepala pada 25 Januari setiap tahun.

Alnilam adalah bintang supergergasi biru yang dua kali lebih jauh jaraknya dari Matahari daripada Mintaka dan Alnitak. Namun, oleh sebab kilauannya, ia kelihatan sama terang dengan bintang pengapitnya itu. Dan oleh sebab saiznya yang sangat besar itu, ia kehilangan jisim dengan cepat menerusi pembakaran gasnya. Usianya dijangka baru empat juta tahun

Alnitak
********

Alnitak (ζ Ori) pula adalah kembar tiga. Setiap satunya bermagnitud 2.5, 6.5, dan 9, dan warna masing-masing adalah kuning topaz, ungu muda, dan kelabu. Spektrumnya "Sirian", menunjukkan bahawa Zeta Orionis menjauhi Bumi selaju 14.5 km/s. Alnitak terletak sejauh 800 tahun cahaya dari Bumi. Bintang utamanya adalah supergergasi biru. Tidak jauh dari Zeta Orionis ini ialah Nebula Kepala Kuda (IC 434) iaitu nebula gelap berbentuk kepala kuda.

%%
Info: ensiklopedia bebas



Permaidani Harga RM30 Juta

Permaidani parsi kurun ke-17 di lelong dengan hargaRM30.63 juta.

Huhu.. terkedip kedip mata baca berita luar negara ini.

London : Seorang pembida barang2 antik telah pembeli permaidani Parsi kurun ke-17 dengan harga £6.2 juta (RM30.63 juta), 20 kali lebih tinggi daripada jangkaan dalam acara lelong di pusat lelong Christie, London.

Harga itu jauh lebih tinggi daripada permaidani termahal sebelum ini, permaidani sutera buatan Isfahan, Iran, yang dibeli dengan harga £2.3 juta (RM11.36 juta) didakwa dihasilkan pada awal 1600 dan dilelong pada Jun 2008 di New York.

Pengarah Permaidani Christie, William Robinson berkata, permaidani itu memiliki kesimbangan dan tarikan tersendiri. “Rekaannya amat ringkas tapi memiliki makna mendalam,” katanya.

Jurucakap Christie berkata, kualiti permaidani itu mempamerkan kemahiran tinggi penenun Kirman di Iran.

Ingin Tukar Imej Anda?

Pernah tak anda terfikir ingin menukar penampilan anda?
Walau camner sekali keinginan ingin merubah segala cara
penampilan rasanya tak ader lah kot sampai ke tahap seperti
yang di paparkan di sini. Aku terdiam sejurus bila melihat
keberanian remaja2 di negara Jepun ni berdandan. Seperti
biasa Jepun merupakan sebuah negara yang selalu menampilkan
teknologi moden dan pelik dari berbagai sudut, so camner
Ada berani merubah diri anda seperti yang anda lihat di
bawah ini???













Tuesday, May 11, 2010

Realiti 'KetaksubaN' Gula

Dalam keadaan pening2 lalat pagi ni sempat selak2 laman akhbar kosmo
dan tertarik dengan rencana yang satu ni. Kat mana2 sekarang hal penyakit
yang satu ni menjadi bahan bualan dan perbincangan. Rasanya ok juga kan
kita sama2 baca dan fahamkan apa yang rencana ni ingin sampaikan kepada
kita.

*****

ANDA suka makanan manis? Jadi, jangan terkejut jika ada yang mengatakan bahawa anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar! Ini bukan kritikan tidak berasas.

Pakar dermatologi terkemuka dunia, Dr. Nicholas Perricone telah berkali-kali menekankan bahawa gula adalah perosak keremajaan kulit.

Lebih tepat, gula mampu memecutkan kadar penuaan manusia tanpa disedari. Dalam satu temu ramah bersama ensiklopedia dalam talian Discovery Health, beliau menjelaskan bahawa pengambilan gula atau makanan tinggi gula boleh membinasakan tahap keanjalan dan fleksibiliti kulit.

Sewaktu proses pertukaran karbohidrat kompleks kepada gula berlaku di dalam tubuh, paras gula dalam darah meningkat. Pada ketika ini, proses glycation bermula. Dalam proses tersebut, molekul-molekul gula akan melekat pada kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kurang fleksibel dan liat.

Selain kolagen, molekul gula juga melekat pada tulang, arteri, ligamen dan urat-urat termasuk otak, sekali gus menyumbang kepada kemerosotan sistem organ yang lain. Jadi, semakin banyak gula yang diambil, semakin kerap proses glycation berlaku di dalam tubuh. Keadaan itu akhirnya mengakibatkan kulit sukar kembali ke keadaan asal selepas diregang.

"Hasilnya, kulit menjadi kurang anjal, tidak bermaya dan kedutan mula muncul. Sebab itulah anda nampak lebih tua," terangnya yang juga penulis buku terlaris berjudul The Wrinkle Cure.

Fakta itu turut disokong oleh seorang penyelidik, Dr. Joseph Mercola menerusi satu kajian Universiti Buffalo bahawa gula turut meningkatkan elemen-elemen pengoksidaan yang mempercepatkan proses penuaan.

Bagi kedua-dua Perricone dan Mercola, satu-satunya cara terbaik untuk melawan kesemua kesan penyeksaan gula ke atas kulit adalah dengan menghentikan pengambilan sebarang bentuk gula.

Jelas sekali, saranan itu suatu niat yang baik. Malangnya, setelah sekian lama manusia menganggap gula sebagai antara keperluan asas hidup, mampukah saranan itu kita laksanakan?

Lihat sahaja penggunaan gula di kalangan rakyat Malaysia. Sejak menjadi topik penyelidikan berterusan oleh Persatuan Penggunaan Pulau Pinang (CAP) empat dekad lalu, masyarakat kita nampaknya semakin tidak peduli terhadap kesihatan diri mereka!

Jika sekitar tahun 1970-an, rakyat Malaysia dilaporkan mengambil 17 sudu teh gula sehari, sukatan itu terus meningkat. Daripada 21 sudu teh sehari sedekad kemudian, penggunaan gula di kalangan rakyat di negara ini mencapai paras 24 sudu teh sehari. Hari ini, angka tersebut sudah mencecah sejumlah 26 sudu teh sehari!

Malah, Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendedahkan data yang membimbangkan.

Rata-rata orang dewasa di Malaysia telah menambahkan tujuh sudu teh gula (51 gm) iaitu 21 gm gula pasir dan 30 gm susu pekat manis ke dalam minuman mereka.

Ini nyata bukan satu peningkatan yang membanggakan. Sebabnya, saranan penggunaan gula maksimum harian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama ini hanyalah 50 gram (gm).

Sedangkan penggunaan gula secara individu di Malaysia sejak empat dekad lalu telah menjangkaui saranan WHO. Itu satu perkembangan yang melayakkan Malaysia menjadi pengguna gula kelapan tertinggi di dunia!

Menurut Pakar Kesihatan Umum, Unit Diabetes dan Penyakit Kardiovaskular, Jabatan Kawalan Penyakit, KKM, Dr. Feisul Idzwan Mustapha, tabiat pengambilan gula secara berlebihan di kalangan rakyat Malaysia berlaku atas dua sebab jelas.

"Pertama, ia berhubung kait dengan masakan dan minuman orang Malaysia sedia ada. Kedua, kebanyakan orang didedahkan kepada gula yang berlebihan sejak kecil," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Namun, tabiat pengambilan gula yang terbentuk sejak kecil itu sememangnya sukar untuk diubah dalam sekelip mata melainkan pengguna memahami selok-belok tentang gula terlebih dahulu.

Di Malaysia, gula yang menjadi bahan asas pemanis makanan biasanya dihasilkan daripada sumber tanaman seperti tebu dan bit.

Seperti nasi putih dan roti biasa yang dimakan setiap hari, gula juga dikategorikan sebagai karbohidrat ringkas. Ini bermakna gula membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Walaupun begitu, gula sebenarnya bukan satu keperluan penting dalam kehidupan manusia. Lebih-lebih lagi jika amalan pemakanan harian kita adalah seimbang.

"Secara amnya, makanan yang kita ambil setiap hari sudah mengandungi gula. Misalnya yang terkandung dalam mi, roti canai, nasi, ubi, pasta, buah-buahan dan juga susu. Jadi, gula tambahan memang bukan lagi satu keperluan," jelas pakar diet dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che 'Lah.

Lagipun, sukatan pengambilan gula dan amaun gula tersorok yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza mengikut faktor usia. Kanak-kanak yang berusia dari satu tahun hingga sembilan tahun biasanya hanya memerlukan enam hingga lapan sudu teh gula sehari.

Gula dan kalori

Keperluan gula harian oleh golongan remaja dan orang dewasa adalah sembilan hingga 10 sudu teh sahaja manakala warga emas pula tidak dibenarkan mengambil lebih daripada lapan sudu teh gula sehari. Itu juga bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

"Setiap sudu teh gula mengandungi 20 kalori. Ini bererti jika anda mengambil tujuh sudu teh sehari, maka, jumlah kalori yang diambil ialah 140 kalori. Untuk membakar 140 kalori ini, anda perlu berjoging selama 20 minit atau berbasikal selama 20 minit," terangnya.

Tambahnya, gula boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu gula halus, glukosa, fruktosa, laktosa dan maltosa. Gula halus atau gula putih biasanya telah melalui proses penapisan yang melibatkan sehingga lapan peringkat agar sesuai dan mudah dimakan mahupun digunakan dalam industri makanan.

Hakikatnya, umum perlu tahu bahawa selain menjadi sumber tenaga, gula hanyalah pembekal kalori-kalori kosong. Malah, lebih lima dekad lalu, seorang penyelidik, Dr. William Coda Martin dengan lantangnya melabelkan gula halus sebagai racun. Definisi racun itu disifatkan berpatutan kerana penggunaan gula setiap hari hanya akan membinasakan tubuh dalam jangka masa panjang.

"Misalnya, keadaan pH tubuh akan menjadi terlalu berasid secara berterusan. Maka, tubuh terpaksa bekerja lebih keras sebab lebihan mineral diperlukan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan itu," demikian penjelasan pengarang buku Sugar Blues itu.

Jika tidak dikawal, pengambilan gula secara berlebihan di kalangan rakyat Malaysia dikhuatiri akan mengundang kira-kira 60 jenis penyakit berbahaya dan antaranya termasuk obesiti, komplikasi buah pinggang, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Lebih membimbangkan, kajian KKM tidak berapa lama lalu menganggarkan bilangan penghidap diabetes di negara ini bakal mencecah 2.5 juta orang menjelang tahun 2030 nanti.

Gula juga dipersalahkan sebagai dalang pembentukan karies gigi di kalangan kanak-kanak di negara ini. Data KKM pada tahun 2005 menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun adalah 76.5 peratus manakala kanak-kanak berusia enam tahun pula mencatatkan 80.9 peratus karies gigi (1997).

"Peningkatan kadar kelaziman obesiti di negara ini sahaja telah melebihi tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun sahaja!

Bayangkan, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (NHMS 2006) mendapati 29.1 peratus orang dewasa di Malaysia memiliki lebihan berat badan manakala 14 peratus pula obes.

"Sedangkan NHMS kedua pada tahun 1996 hanya menunjukkan peratusan 16 peratus untuk lebihan berat badan dan 4 peratus bagi masalah obes," kata Feisul.

Kempen sihat

Bimbang tentang keadaan kesihatan dan tabiat pengambilan gula yang tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan dan KKM terus berusaha mendidik masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada gula. Inisiatif seperti Kempen Cara Hidup Sihat yang diperkenalkan pada tahun 1991 terus diperkukuhkan sehingga kini menerusi Promosi Makan Secara Sihat.

Kempen Kurangkan Gula yang dijalankan sejak tahun 1998 pula antaranya memperkenalkan pelabelan makanan rendah gula dan bebas gula di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Label rendah gula sebenarnya bermaksud masih ada tambahan gula iaitu tidak melebihi 5 gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 ml sesuatu produk. Label no added sugar yang biasa kita lihat pada jus-jus kotak pula bermakna gula yang ada berasal daripada buah-buahan. Jangan terkejut kerana kandungan gula ini juga tinggi," jelas Nor Lizawati.

Produk makanan yang dilabelkan bebas gula pula merujuk kepada kandungan gula yang tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 ml.

Kesemua usaha kerajaan dan KKM walau bagaimanapun tidak akan berhasil sekiranya seseorang individu tidak mengambil inisiatif untuk mencegah ketagihan terhadap gula. Ibu bapa misalnya harus memainkan peranan dengan tidak memberi gula sebagai ganjaran kepada anak.

Malah, dengan mengambil air kosong dan bukannya teh tarik ketika makan, anda sebenarnya telah membantu pankreas agar tidak bekerja terlalu keras.

"Jadi, jangan salahkan kerajaan kerana menaikkan harga gula. Sebenarnya dalam jangka masa pendek, anda perlu membelanjakan wang yang banyak tapi untuk jangka masa panjang, anda telah menjimatkan perbelanjaan kos perubatan yang tinggi," tambah Nor Lizawati.

*****
sumber Kosmo 12/10/2010

Senangnya Hidup

Jom makan mee! Tertarik dengan kreativiti orang Jepun yang sememangnya sejak dulu
terkenal dengan ciptaan baru yang kekadang payah gak nak diterima dek akal.
Saja letak kat laman blog ni kasi korang yang jarang berkesempatan meninjau
website2 yang terpamir cite, benda dan perkara2 pelik. Kat gambar atas ni betapa mudahnya nak menikmati mee yang panas tanpa menunggu lebih lama lagi siap ada fan kecik untuk menyejukkan mee atau makanan lain yang panas.
Pada yang rasa nak cuba2 tu boleh jer dan pastikan kalau berjaya hasilkan ciptaan camni makanan yang di makan kelak stended cam biasa jangan lebih2 occay! Nanti takut spare tyre ada merata rata kat tubuh badan tu.

Pernah Tengok Tak Camni?



Betul yang anda sedang perhatikan ialah gambar ular besar. Pernah tak di antara
anda berpeluang menyaksikan ular sebesar dan sepanjang di atas? Gambar ni di perolehi
dari seorang rakan chat tapi malangnya tak der cerita yang berkaitan cuma dapat tengok
jer gambar ni. Tengok sekejap boleh ler tapi kalau belek lelama rasa geli lah plak
hehehe!!!

Majlis Perkahwinan Ala Shrek



Petikan Dari Kosmo
BRIDGEND, Britain - Sepasang pengantin baru, Tracey dan Viv Williams berkahwin dengan memakai kostum gergasi hijau atau ogre seperti watak utama filem animasi, Shrek, sekali gus mencetus trend terbaru untuk majlis perkahwinan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Enggan memakai gaun putih tradisional, pengantin perempuan, Tracey, 33, sebaliknya menyapu cat hijau pada tubuhnya dan dipadankan dengan telinga serta rambut palsu berwarna merah menyala untuk hadir sebagai Puteri Fiona manakala suaminya, Viv mengubah dirinya menjadi gergasi hijau, Shrek.

Pengantin wanita berkata, majlis perkahwinan mereka yang diadakan baru-baru ini di sini, Wales Selatan bertambah meriah apabila ramai tetamu turut memakai kostum watak-watak filem animasi popular tersebut.

"Pengapit lelaki berpakaian sebagai pahlawan bernama Monsieur Hood, ibu saya menjadi pari-pari atau Fairy Godmother manakala pengapit perempuan hadir sebagai gadis jelita Snow White," katanya. - Agensi

*Kepada anda yang dah plan nak berkahwin ada tak bercita cita untuk menampilkan satu majlis perkahwinan lain dari yang lain???

Sunday, May 9, 2010

Lelaki muda boros

Awal pagi menatap dada screen akhbar Utusan Online tertarik dengan artikel muka hadapan. Kebiasaan ayat "boros" selalu ditempelkan ke dahi perempuan@wanita tetapi akhirnya statistik telah berlaku adil dengan mengkaji sikap sesetengah
orang lelaki terutamanya yang masih bujang. Let's baca dan fikirkan sejenak!
Orang lelaki yang membaca artikel ni jangan ler
marah seandainya anda buka berada di dalam
golongan yang tengah di "bahankan"occay!

*****
KUALA LUMPUR 9 Mei – Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).




Ingat sebelum kena so jimat sebelum habis. Semoga orang lelaki terutamanya yang
masih solo berbelanja ler dengan cara berhemah amalkan menabung sket2 lama2
jadi gunung. All the best tuk orang lelaki yang boros








Sumber Utusan Online

Dancing Forest

Melihat kepada title entri di atas tentu terfikir sejenak camne ler
agaknya yang di kategorikan dengan istilah "dancing forest" atau dalam
bahasa melayunya "hutan belukar menari". Berpandukan kepada image-image
pokok2 yang berbentuk seolah olah mengikut rentak muzik telah membuatkan
ianya digelar hutan belantara menari. Jom belek image-image kat bawah.




Selamat Hari Ibu

Photobucket

Hari ini Ahad 09 May 2010, merupakan Hari Ibu, yakni penghormatan bagi semua yang bergelar ibu. Ibu,mama,mami,umi,bonda,emak dan apa saja panggilan untuk mereka, mereka tetap bermakna dalam hidup kita tidak kira di desa mahupun di kota. Untuk itu, Cella@Dariku Untukmu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu u tidak kira di mana pun anda berada.

Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehinggalah kita menjadi seperti kita hari ini.

Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14: Maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan”. Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.

“Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Ibu Mu. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Baginda menjawab: Bapa Mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu” . Menurut maksud Hadis tersebut pengulangan lafaz ibumu menunjukkan tentang ketinggian martabat seorang ibu tanpa menafikan hakikat dan tanggung jawab seorang ayah.

Dalam kita mengenang jasa ibu sempena kita menyambut hari ibu setiap tahun marilah sama-sama kita bermuhasabah dan berikrar untuk sentiasa menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan ibu kita. Berusahalah agar kita tidak menyakiti hati ibu kita yang selama ini entah berapa kali kita telah menyakiti dan menyentuh hati dan perasaan mereka. Ingatlah, perbuatan menyakiti hati seorang ibu adalah merupakan dosa yang cukup besar. Berjanjilah kita bahawa kita akan menjadi anak yang tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa kita.

Adalah sesuatu yang amat mengecewakan kita pada hari ini apabila ada sebahagian anak-anak tidak lagi hormat kepada ibu-bapa, berani memaki hamun apabila tidak mendapat apa yang dihajati malah lebih dahsyat sanggup melakukan jenayah seperti memukul, sepak terajang bahkan lebih dahsyat hingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri. Ini adalah tanda jiwa mereka sudah tandus daripada keimanan.