Saturday, July 24, 2010
Berfikir Sebelum Bertindak
Trak tersebut ditinggalkan di depan rumah sementara lelaki tadi membersihkan diri. Anak lelaki itu yang baru balik ke rumah ternyata sungguh teruja melihat trak baru berada di depan rumahnya. Kanak-kanak itu bergendang di atas trak baru bapanya penuh kesukaan. Akibatnya trak baru tersebut tercalar dan sedikit kemek. Lelaki tersebut berlari ke arah anaknya, memarahi dan memukul tangan anaknya dengan kayu sebagai hukuman kerana telah mencalarkan trak barunya.
Setelah sang ayah tenang kembali, dia segera membawa anaknya ke hospital. Walaupun doktor telah mencuba segala usaha untuk menyelamatkan jari-jari anaknya yang hancur tetapi ia tetap gagal. Akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan dan membuang ke semua jarinya. Ketika anak kecil itu sedar, dia mendapati tangannya berbungkus kain putih dan dimaklumkan sesungguhnya jari jemarinya telah dipotong kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Anak kecil itu berkata, ‘Papa, adik minta maaf sebab telah merosakkan trak baru papa ‘ Kemudian, ia bertanya, ‘ tetapi bila jari- jari adik akan tumbuh kembali ? Ayahnya tersentak dan seribu penyesalan menyelinap ke dalam minda.
Apa yang boleh kita ambil dari cerita di atas ? Berfikirlah dahulu sebelum kita kehilangan kesabaran dan mengambil tindakan yang membuta tuli. Trak boleh dibaiki tetapi bagaimana dengan tulang yang hancur dan hati yang disakiti ? Adakah ia mampu untuk diperbaiki ?
Terlalu sering kita gagal untuk membezakan antara orang dan perbuatannya, kita seringkali lupa bahwa memberi maaf lebih besar daripada membalas dendam. Setiap dari kita tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, tindakan yang kita ambil dalam kemarahan akan menghantui kita selamanya. Tahan, tunda dan fikirkan sebelum mengambil tindakan. Memaafkan dan melupakan, mengasihi satu dengan lainnya. Ingatlah, jika kita menghakimi orang, kita tidak akan ada waktu untuk mencintainya, masa tidak akan dapat dikembalikan….hidup kita ni bukanlah sepeprti VCD PLAYER, yang dapat di backward dan Forward………HIDUP hanya ada punat PLAY dan STOP saja….
Membesarkan Diri Dari Masalah
Datang terdetik dalam fikiran , apakah manfaat yang telah saya perolehi pada tahun 2010 yang sudah pun sampai ke pertengahan tahun dari segi fizikal, emosi dan spiritual.
Banyak juga cubaan, cabaran yang dihadapi, malah saya hampir hanyut dengan cubaan dan dugaan tersebut, terutama dan segi kesihatan dan emosi. Alhamdulillah selepas saya cuba melihat kembali apa yang ada dalam diri,saya menganggap ianya bukanlah satu masalah tetapi hanya satu ujian yang perlu saya hadapi bagi meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Kita sentiasa di suruh berfikir besar, bagi mencapai kejayaan yang lebih besar. Namun adakah di antara kita yang membesarkan diri dalam menghadapi masalah?
Tidak kira dimanakah level diri kita, betapa hebatnya diri kita, kita masih tidak dapat lari dari masalah. Masalah masih perlu kita hadapi, tetapi apa yang kita perlu fokus adalah bagaimana kita memandang masalah itu sendiri.Bila dikatakan kita perlu membesarkan diri dari masalah itu bukan bermakna kita perlu bersingkap angkuh atau bongkak. Tidak, bukan itu yang di maksudkan. Katakan kita letakkan diri dan masalah itu kepada beberapa level iaitu pada level 1 hingga 10. Katakan anda meletakkan diri anda berada di level 6 dan anda meletakkan masalah tersebut berada pada level 7 , sudah pasti anda merasakan amat sukar untuk masalah itu diselesaikan. Ianya mungkin berbeza jika anda yang berada pada level 6 meletakkan masalah tersebut pada level 2 , pasti anda menganggap masalah itu hanya kecil dan anda dapat menyelesaikan dengan mudah. Bagaimana pula jika anda meletakkan diri anda berada pada level 10 pula? Anda fikirkan, betapa mudahnya menghadapi kehidupan ini.
Takdir & Usaha
-Yang sejengkal tidak jadi sedepa
-Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih
-Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
-Asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai juga
-Secubit tidak dapat menjadi segenggam
Berikut pula beberapa pepatah Cina;
-Baik dan jahat adalah hasil kelakukan manusia
-Kedudukan atau kesukaan bergantung kepada mereka
-Kekayaan dan kehormatan adalah semua hasil kerajinan dan jimat, kemiskinan adalah semuanya disebabkan berat tangan
-Menusia bebas membuat baik atau jahat, kedukaan atau kesukaan adalah hasil buatan mereka.
-Tugas saya ialah berusaha sekuat-kuatnya, tepulanglah kepada Tuhan memberi saya kejayaan.
Sejak kita mula memikirkan tentang kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini, perbahasan sama ada takdir menentukan segalanya atau kita bebas menentukan nasib kita ?
Kalaulah datang orang yang hendak menikam kita, adakah kita akan menyerah sahaja kepada nasib ? Tidakkah kita berikhtiar untuk mengelakkan tikaman itu ataupun menagkisnya. Tidak kah ini membuktikan kita boleh berusaha dan berikhtiar mempengaruhi nasib kita ?
Adakah mereka yang berpegang kepada kepercayaan takdir menentukan segala-galanya itu sengaja mencari dalih mengapa dia tidak berjaya dalam kehidupan yang sebenarnya adalah disebabkan oleh kemalasannya sendiri. Juga dia menggunakannya sebagai rasionalisasi untuk menyakinkan dirinya sendiri bahawa kegagalannya bukanlah kerana kesalahan dirinya sendiri atau kurang usahanya tetapi oleh kuasa diluar dirinya. Dengan itu tidaklah perlu dia membaiki dirinya.
Perkara ini masih terus diperdebatkan sehingga kini. U all pula macam mana ? Antara takdir dan usaha, mungkin kita boleh kongsikan di sini…..
Namun tidak bermakna saya tidak percaya pada takdir atau Qada dan Qadar, kerana ianya merupakan rukun iman yang ke enam yang wajib kita percaya dan terima dengan redha. Sebelum mengundurkan diri seperti biasa saya tinggalkan kata-kata ini “ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri( Surah Ar-Ra’d 11)
Surah Al Waqi'ah
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah bersempena dengan lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang bermaksud kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan ALLAH dan adanya hari berbangkit.
Terdapat beberapa khasiat yang terkandung di dalam surah Al-Waqi’ah di antaranya adalah seperti yang berikut:
• Apabila kita membiasakan diri membaca surah ini sekali setiap malam , maka akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
• Apabila surah ini di baca 14 kali setiap kali usai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
• Jika membaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, insyaALLAH di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
• Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap kali usai solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. InsyaALLAH berhasil.
• Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaALLAH di permudahkan untuk rohnya keluar dari jasad. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Seperti biasa sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ; Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Cerita Kehidupan
Masa pun berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak poko epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mau mainan dan aku memerlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah buah epal yang ada padaku, kemudian jual untuk mendapatkan wang. Dengan begitu, kau dapat membeli mainan yang kau inginkan.” Remaja itu dengan gembiranya memetik semua buah epal dari pokok itu dan pergi. Dia tidak kembali lagi setelah kejadian tersebut. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.”Aku tidak ada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah engkau menolongku?” Tanya anak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong semua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun turut gembira tetapi kemudian ia merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi.
Pada suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk berlayar. Malangnya, aku tidak mempunyai kapal. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai kapal untuk diberikan kepada engkau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan kapal. Kau akan dapat berlayar dengan gembira,” kata pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudian pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi setelah itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin tua, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.”Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada engkau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat kapal. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.”Aku tidak mau buah epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mau dahanmu kerana aku sudah tua dan tidak berdaya untuk memotongnya, aku tidak mau batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk berlayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”
Jika begitu, istirehatlah dan bersandarlah padaku,” kata pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk beristirehat dan bersandar pada pokok epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.Sedar atau tidak, pokok epal tersebut diibaratkan seperti ibu bapa kita. Di awal usia kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita memerlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Kita mungkin berfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi itulah hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayani ibu bapa mereka. Hargailah jasa Ibu Bapa kita. Begitu besar jasa kedua orangtua kita dan kita tidak mungkin mampu membalasnya, kerana tanpa mereka maka tiadalah kita hari ini.
Perbualan Antara Rasulullah S.W.T Dengan Iblis
Bertanya Rasulullah s.a.w, “Siapakah kamu ini ?”
Orang tua itu menjawab, “Aku adalah iblis.”
“Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?”
Orang tua itu menjawab, “ALLAH menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku.”
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, “Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?”
Iblis menjawab, “Lima belas.”
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?”
Jawab iblis laknatullah, “Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba’.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia.”
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh ALLAH SWT dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh ALLAH SWT. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan dan kekasih ALLAH SWT
Penilaian Diri
Ada seorang lelaki yang hidupnya bekerja sebagai penjual belon di funfair. Setiap hari, jika jualan belonnya kurang, dia akan melepaskan satu belon helium, belon itu akan terbang ke atas, kanak-kanak yang melihatnya akan mahukannya dan secara tidak langsung jualan belon akan meningkat.
Suatu hari, bila jualan belonnya berkurangan, dia melepaskan satu belon merah, tiba-tiba jaketnya ditarik dari bawah..Bila dia pandang ke bawah, terlihat seorang budak lelaki.
Budak kecil tu bertanya,”kalau pakcik lepaskan belon merah yang lagi satu tu, adakah ia akan terbang ke langit juga?” Dengan ringkas pakcik belon tu menjawab,” adik, ia bukan sebab warna belon tu membuatkan ia akan terbang, tapi apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang membuatkan ia terbang ke langit.”
Apakah kaitan cerita di atas dengan kehidupan kita ? Sedar atau tidak, prinsipnya adalah sama dengan kehidupan kita. Apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang boleh buat ia terbang ke atas? Dan apa yang terkandung dalam diri kita yang boleh buat diri kita berjaya ? Setuju tak kalau saya katakan ianya adalah sikap kita ?
Dalam segala hal, apa yang paling penting value on you. Kalau nilainya kaca, simpan dan letak kat mana sekali pun, nilainya tetap kaca tapi kalau nilai kita adalah permata, kat ceruk mana sekalipun orang akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Sama-samalah kita fikirkan betul tak sikap kita yg akan membawa mane hala tuju kita.
Tuesday, July 20, 2010
Tempat Wanita Lepaskan Kemarahan
SHENYANG - Sebuah pusat beli-belah China di sini menyediakan tempat khas kepada pelanggan wanita untuk memukul pelbagai jenis barang sebagai cara melepaskan kemarahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pusat itu itu yang dibuka baru-baru ini menyasarkan golongan suri rumah.
Pelanggan-pelanggan wanita itu boleh memilih beberapa zon seperti ruang rehat dan bilik tidur untuk memukul barang bagi melepaskan kemarahan dengan kayu besbol.
Ramai pelanggan terdiri daripada pelajar kolej dan pekerja kolar biru.
Sebagai langkah keselamatan, pihak pengurusan menyediakan sarung tangan dan topi keledar bagi memastikan pelanggan tidak mengalami kecederaan.
Antara benda yang dipukul oleh wanita itu ialah televisyen terpakai. - Agensi
**
sumber : kosmo
Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.
Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.
Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.
Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).
Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.
Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi
**
sumber : kosmo