Sunday, September 26, 2010

Hidup Umpama Pusingan Roda

Salam perkongsian dan salam lebaran untuk semua. Semoga kisah paparan ini akan dapat mengisi minda kita sekaligus dapat kita menafaatkan dalam kehidupan seharian.

Kita sering mendengar perumpaman mengatakan hidup ini ibarat pusingan roda, tidak selalunya kita berada di atas kerana adakalanya kita berada di bawah dan naik semula atau sebaliknya. Cerita di bawah ini untuk renungan kita bersama.

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu,
datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
”Tolonglah encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.” Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.
Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,
tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.
Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan
sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi
sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu
pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang,
”Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

Renunglah kata-kata ini, Rasulullah SAW Bersabda:-
”Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan”. Anas Malik pula meriwayatkan
bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai
harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu,
maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah
dengan tenaganya”.

Saturday, September 18, 2010

Koay Teow Goreng (Char Koay Teow)

Photobucket
Koay Teow Goreng/Char Koay Teow

Bahan2nya
1) 900gm Koay Teow (basuh & toskan. Boleh juga di gantikan dgn pasta @ mee kuning)
2) 20 biji cili kering (rebus dan mesyin dgn 1/2 cwn air)
3) 1 ulas bawang besar (di cincang)
4) 6 ulas bawang putih (di cincang)
5) 2 keping tahu (goreng & hiris nipis2)
6) 1 cawan daging (hiris nipis)
7) 1 cawan udang
8) 1 cawan taugeh
9) 1 cawan kacang tanah (panggang dan meshyin halus)
10) 1 cawan kucai (potong memanjang)
11) 4 sudu makan kicap pekat
12) 2 sudu makan sos tamato
13) 1/2 cwn sos ikan@garam
14) 2 biji telur
15) 1/2 cwn air
16) 4 sudu makan minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya:-
1) Panaskan 4 sudu makan minyak di dalam kuali.
2) Tumiskan bawang besar di ikuti dgn bawang putih hingga kekuningan.
3) Masukkan paste cili & daging cincang. Tambah setengah cawan air
untuk melembutkan daging.
4) Setelah daging empuk, masukkan udang dan tahu dan biarkan untuk beberapa minit
5) Masukkan sos ikan atau garam secukup rasa
6) Masukkan koay teow dan kacau sehingga sebati dgn bahan2 yg lain
7) Buatkan ruangan di tengah2 koayteow dan masukkan telur, kacau dgn garfu untuk jadikan telur hancur. Bila telur dah agak masak masukkan taugeh dan kucai dan kacau kesemuanya untuk beberapa minit. Akhir sekali taburkan kacang goreng. 8) Sedia untuk dihidangkan
9) Hiaskan di atas koay teow dengan hirisan cili merah, daun bawah, bawang goreng dan hirisan limau.


**
sumber resepi
http://www.teawithumi.blogspot.com/

Cucur Udang Utara

Photobucket
Cucur Udang & Kuah Kacang

Cara membuat kuah kacang
1/ 3 cawan kacang tanah (goreng dgn minyak, buang kulitnya & mesyin)
2/ 20 batang cili kering (goreng dgn minyak & mesyin menjadi paste)
3/ 1 inci belacan (bakar@panggang)
4/ 1/2 cawan gula
5/ 1 cawan air asam jawa
6/ 2 ulas bawang (potong, goreng dgn minyak hingga layu)
7/ garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:-
Satukan kesemua bahan dan kacau dgn memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Kuah kacang ini hendak lah di sediakan dlm keadaan yg tidak terlalu pekat dan
tidak terlalu cair.


Adunan cucur udang
1) 500gm tepung gandum
2) 1 cawan taugeh
3) 1 cawan daun bawang (potong memanjang)
4) 1 sudu makan kunyit
5) 1 cawan udang sederhana besar
6) 1 biji telur
7) sebiji telur
8) garam secukup rasa
9) air
10)5 cawan minyak masak utk menggoreng



Masukkan kesemua bahan2 kedalam tepung dan gaul dengan di tambah air sedikit
demi sedikit. Gaul adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sudukan
adunan dan masukkan kedalam minyak yang panas. Goreng sehingga kekuningan,angkat dan toskan.

Cara Menghidang.
Belah cucur udang, hiris tahu goreng & timun susun di dalam pinggan dan letakkan
bersama kuah kacang.

**
sumber resepi:-
http://www.teawithumi.blogspot.com/


Monday, September 13, 2010

Kejar Pahala Atau Wang

Walaupun Ramadhan dah beberapa hari meninggalkan kita tapi masih banyak lagi perkara yang boleh dikongsikan namun bukan bermaksud untuk memandang rendah atau merendah-rendahkan sesiapa jua sebaliknya hanya sekadar berkongsi agar kita semua tidak lupa hakikat sebuah kehidupan di dunia ini.

Bulan Ramadan memang bulan rahmat bagi sebahagian besar dari kita, tidak kira samada yang berniaga makanan dan minuman, membuat kuih atau biskut dan juga tempahan untuk membuat baju raya. Kerana keuntungan yang diperolehi sepanjang bulan Ramadan khabarnya boleh makan sampai 3 hingga 6 bulan. Wah, lumayannya rezeki di bulan Ramadan.

Betapa murahnya rezeki Ramadan, alangkah baiknya dan lebih bermakna lagi jika sepanjang Ramadan ini kita penuhi dengan amal ibadah tanda kesyukuran. Banyak amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini tetapi yang tidak terdapat pada bulan lain ialah solat Terawih.

Walaupun solat ini sunat namun selepas berlalunya Ramadan kita tidak lagi berpeluang untuk melakukannya. Jadi rebutlah peluang untuk melakukan solat Terawih, tidak kiralah berapa jumlah rakaat yang mampu kita lakukan. Yang penting kita buat. Jika banyak rakaat kita lakukan banyaklah pahala yang kita dapat, insyaALLAH.

Jangan jadikan urusan berniaga sebagai penghalang untuk melakukan ibadah. Janganlah kerana letih berniaga sehingga tidak mampu untuk solat Terawih. ALLAH suka orang yang berniaga, sebab ia satu usaha yang mulia di sisi Islam, namun balaslah kenikmatan yang ALLAH kurniakan itu dengan amal ibadah. Andai kata urusan berniaga itu menghalang solat atau beramal, maka kita perlu menguruskan masa dengan lebih cekap.

Begitu juga bagi mereka yang menerima tempahan kuih dan baju raya. Pendapatan yang dijana sepanjang bulan puasa memang tidak kurang hebatnya. Tidak hairan selepas saja kita berbuka puasa terus bergelumbang dengan bahan-bahan untuk membuat kuih bagi memenuhi segala tempahan. Lazimnya hampir subuh baru siap dan setelah bersahur barulah mereka tidur. Begitulah keadaannya sehingga menjelangnya hari raya.

Jadi timbul persoalan diminda, apakah sebenarnya yang kita kejar sepanjang bulan Ramadan ini ? beramal atau mengumpul keuntungan? mengejar pahala atau wang ? sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Kata-kata untuk renungan bersama “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Photobucket


Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pengunjung2 setia laman blog Dariku Untukmu ini. Dah tamat pun ibadah puasa kita selama sebulan (pada yang tak tinggal puasa lahhh..) dan kejayaan atau kemenangannya kita sambut dengan merayakan hari raya. Semoga hari raya tahun ini akan memberi seribu kenangan manis untuk kita ingat dalam memori. Maaf Zahir & Batin