Sunday, November 28, 2010

Khasiat Daun Misai Kucing



PETUA MERAWAT MIGRAINE

Ambil daun misai kucing dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
"Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"
Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

NOTA:
Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur. Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

Khasiat Bunga Cempaka Putih


Pitam
1. Ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.
2. Kemudian, rebus bunga tersebut hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, sejukkan air rebusan tersebut sehingga agak suam kuku dan minum.


Bronkitis
1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.
2. Kemudian, rebus bunga tersebut sampai mendidih.
3. Seterusnya, biarkan air rebusan itu sehingga ia agak suam-suam kuku.
4. Tuangkannya ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit madu.
5. Akhir sekali, kacaukannya dan minum.


Bisul
1. Petik beberapa helai daun cempaka putih yang masih segar-bugar.
2. Lapkannya agar bersih dan tumbuk daun tersebut agar ia lumat.
3. Tampal atau tepek daun yang telah dilumatkan itu ke tempat yang ditumbuhi bisul.
4. Pastikan anda telah mencuci bisul terlebih dahulu dengan air suam, sebelum menepek daun tersebut.

Mencerahkan Kulit Muka


Bahan-bahannya :-
1) Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini.
Sama-sama lah kita renungkan segala kebaikan di sebalik perayaan ini.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau didalam bahasa Arab disebut Eiduladha merupakan perayaan yang dirayakan di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Aidiladha juga adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya. Peristiwa ini adalah ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail ,tapi Allah s.w.t. telah menukarkannya dengan seekor qibas (biri-biri).

Selain itu juga, seperti hari raya Aidilfitri, di pagi hari raya Aidiladha,kita disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan sedikit wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.7 kali takbiratulihram pada rakaat pertama dan 5 kali di rakaat kedua.

9 Zulhijjah

Sedikit Tazkirah untuk renungan bersama :-


Rasulullah bersabda bermaksud: “Haji itu adalah wukuf di Arafah." Dengan kata lain bahawa puncak daripada ibadat haji itu adalah melaksanakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah.


Baginda bersabda lagi bermaksud:

"Sebaik-baik doa adalah di Arafah." Pada saat berwukuf itulah dikatakan bahawa Allah membangga-banggakan hamba-Nya yang sedang berwukuf kepada penghuni langit iaitu malaikat.


Muslimin yang tidak menunaikan haji, mereka masih dapat memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat.


Rasulullah bersabda:

"Tiada hari yang lebih disukai Allah melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pada Zulhijah.”


Bertanya sahabat: "Tidak juga jihad fi sabilillah yang Allah lebih sukai?" Jawab Baginda: "Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali seseorang berjihad sabilillah dengan harta dan nyawanya sehingga dia tidak kembali lagi (mati syahid)."


Lantaran besarnya keutamaan hari Arafah itu, maka berpuasa sunat pada hari Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar. Hal itu sesuai dengan sabda Nabi: "Orang yang berpuasa pada hari Arafah (Zulhijah), Allah akan menulis baginya puasa enam puluh tahun dan Allah menuliskan baginya sebagai orang yang taat."


Rasulullah juga bersabda:

“Berpuasa pada hari Arafah (dapat) menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan menghapuskan dosa setahun yang akan datang."


Semoga kita dapat merenung keadaan diri kita dan mengambil pedoman dari apa yang dikongsikan.





Monday, November 15, 2010

Agar Kelihatan Menawan dan Langsing


Pakai Seluar Hitam:-

Salah satu “pakaian mesti ada” di dalam almari anda ialah seluar berwarna hitam. Warna hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan orang ramai agar mereka melihat anda dalam saiz yang lebih kecil. Dinasihatkan anda membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus. Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda perlu ada paling minima 3 helai seluar hitam sebagai koleksi.


Pakai Seluar Denim :-

Seluar denim mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.


PANDUAN MEMBELI:-

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim potongan khusus untuk kaum lelaki.


b. Jika anda ingin kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.


c. Beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana ia membantu mengubah pandangan orang lain terhadap dimensi punggung anda.


d. Jika anda memiliki peha yang besar, hindari rekaan seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki terutamanya peha. Ia akan menarik perhatian orang lain untuk melihat bahagian berkenaan.

Hilangkan Lingakaran Hitam Bawah Mata


Penyebabnya:-

1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tidak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari.
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

CARA MENGHILANGKANNYA:-

Menggunakan Kentang:-
Kisar sebiji ubi kentang. Bahagikan kepada 2 bahagian dan balutkan dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan
balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.

MenggunakanTimun:-
Parut hujung timun (Bahagian kepala yang berwarna hijau pekat. Lebih elok lagi jika timun itu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu). Ambil tisu muka berbentuk empat segi dan basahkan dengan air yang terhasil melalui parutan tersebut. Lekapkan di mata. Boleh juga jika anda ambil hampas parutan dan letak di atas tisu dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan ke kelopak mata yang tertutup selama beberapa minit.
Amalkan selalu.

Friday, November 12, 2010

Diet Buah-Buahan Jauhi Penyakit

PADA tahun 2005, 17.5 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka tersebut mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian menunjukkan, pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.

Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing memberitahu, pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan kesihatan.

"Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini penting untuk pertumbuhan dan penjagaan kesihatan badan sepanjang hayat," katanya ketika memberikan penerangan mengenai penyakit biasa, baru dan terkini yang menjejaskan rakyat Malaysia pada majlis pelancaran kempen kemasyarakatan oleh MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Yen Sing turut berkongsi mengenai diet klinikal dan pengambilan buah-buahan dapat membantu mencegah atau mengatasi penyakit.

Kempen kemasyarakatan yang membawa tema, "Kesihatan Itu Kekayaan" bertujuan untuk menjelaskan hasil kajian kesihatan terkini kepada masyarakat Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan MBG Fruitshop, Adnan Lee, kempen tersebut merupakan kempen kemasyarakatan besar-besaran yang pertama dalam kalendar tahunan syarikatnya.

"Kempen ini diilhamkan atas kebimbangan orang ramai terhadap isu-isu kesihatan yang menjadi satu fenomena global.

"Disebabkan kebimbangan global ini, kami mahu memainkan peranan untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang maklumat terkini, tepat pada waktunya dan mempunyai nilai berita, petua dan diet berkesan untuk menangani isu-isu sedunia ini," katanya.

Pada majlis tersebut juga, selebriti dan aktivis kesihatan dan kesejahteraan, Jojo Struys dan Hansen Lee turut berkongsi pandangan serta amalan peribadi mereka dalam usaha menjaga kesihatan dan kecergasan.

Tambah Adnan, MBG menggalakkan kehidupan sihat menerusi tiga program pemasarannya seperti peraduan melukis, perkhidmatan penghantaran buah-buahan ke rumah dan syarikat korporat, program pendidikan dan promosi untuk keluarga Malaysia.

"Selepas program ini, MBG sudah bersedia untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk mewarnai kehidupan orang ramai sejajar dengan prinsip syarikat yang sentiasa prihatin terhadap kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan pengguna pada tahun yang akan datang," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

*****
sumber:
Varia Kosmo

Keradangan Akibat Asap Racun

ATURAN pernafasan terasa lebih sukar hinggakan adakalanya terpaksa tercungap-cungap. Setiap hela dirasakan tidak puas untuk meredakan rasa 'rimas' di dada. Ia disertai pula dengan keperitan di salur kerongkong akibat batuk-batuk yang berlarutan.

Itu belum lagi bercakap mengenai beberapa simptom lain seperti sakit tekak, demam, keletihan, sakit badan dan otot, hidung tersumbat dan berair, muntah dan cirit birit (disebabkan virus) serta sakit dada.

Jika anda mengalami simptom sedemikian, segeralah mendapatkan nasihat doktor kerana terdapat kemungkinan anda menghidap bronkitis.

"Bronkitis adalah radang pada saluran pernafasan yang berfungsi membawa udara ke tisu paru-paru. Maka, jika ia mengalami radang, ia akan membengkak dan terdapat penghasilan mukus atau lendir.

"Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas," kata Pakar Perubatan dan Pernafasan Pantai Hospital Ampang, Dr. Zal Abdul Rahim.

Beliau memberitahu, penghidap bronkitis selalunya akan batuk berkahak, mengalami pernafasan berdehit, sakit dada, dada berasa 'ketat', demam dan sesak nafas.

Semua itu adalah kesan akibat terdedah kepada sesuatu keadaan persekitaran berisiko yang mengganggu salur pernafasan seperti asap rokok, pencemaran udara, habuk dan asap.

Akut dan kronik

Bronkitis terbahagi kepada dua iaitu akut dan kronik. Secara asasnya, bronkitis akut berlaku dalam masa singkat iaitu antara beberapa hari hingga beberapa minggu manakala bronkitis kronik berlaku dalam tempoh masa yang lama dan sering berulang.

"Kebiasaannya, kanak-kanak sering mendapat jangkitan bronkitis akut. Ia terjadi akibat jangkitan bakteria dan virus yang tersebar melalui udara apabila seseorang itu batuk. Ia juga boleh tersebar melalui sentuhan, contohnya, lendir yang melekat pada tangan.

Bronkitis jenis akut dialami penghidapnya selama beberapa hari dan kadang-kala sehingga beberapa minggu selepas jangkitan kuman sembuh. Namun, kesan radang masih kekal.

Zal menambah, masalah kesihatan itu ditanggung penghidapnya dari semasa ke semasa apabila seseorang itu mendapat jangkitan virus atau bakteria pada saluran pernafasan.

Walaupun begitu, tempoh batuk yang dialami tidak melebihi dua hingga tiga minggu.

Lanjutan daripada keadaan bersifat sementara itu, bronkitis kronik pula boleh terjadi selagi faktor penyebab radang berlaku secara berterusan hingga mengganggu salur pernafasan terutamanya pada lapisan tiub bronkiol.

"Mereka yang sentiasa terdedah kepada asap seperti asap rokok memburukkan lagi keadaan radang pada paru-paru," ujar beliau.

"Penghidap bronkitis kronik selalunya menderita batuk selama lebih daripada tiga bulan dan berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya dua tahun," jelas Zal.

Walau bagaimanapun, penghidap bronkitis tidak perlu bimbang kerana penyakit ini boleh diubati. Bagi yang menghidap bronkitis akut, rutin pengambilan ubat adalah mengikut keperluan dan tidak sekerap dan selama pesakit bronkitis kronik.

Tempoh lebih lama

Penghidap bronkitis kronik memerlukan ubat untuk tempoh yang lama selagi ia terdedah kepada faktor yang menjadikan bronkitis itu kronik.

"Kadang-kala, ubat perlu diambil seumur hidup walaupun penyebab atau puncanya sudah tiada. Disiplin itu perlu diikuti kerana kerosakan yang terjadi pada salur pernafaan pesakit tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Ini selalunya berlaku dalam kalangan perokok.

"Tujuan utama pengubatan adalah mengurangkan simptom dan menjadikan pernafasan itu mudah," ujar Zal.

Bagi pengidap bronkitis akut pula, mereka disarankan berehat, mengambil air secukupnya dan makan ubat demam jika perlu. Nebuliser mungkin diperlukan jika saluran nafas terlalu sempit.

Pesakit bronkitis kronik boleh memanfaatkan penggunaan bronchodilator diperlukan bagi membuka saluran pernafasan selain ubat sedutan yang mengurangkan radang pada saluran nafas.

Golongan tersebut juga perlu berhenti merokok atau mengelakkan diri daripada terus terdedah pada pencemaran udara lain seperti habuk, asap dan jerebu. Jika keadaan pesakit semakin teruk, terapi oksigen perlu dijalankan.

"Pakai topeng mulut apabila terpaksa menggunakan bahan seperti cat, varnis dan lain-lain bahan kimia seperti serbuk pencuci.

"Selain itu, pesakit disyorkan untuk membasuh tangan dengan kerap, menjauhi mereka yang dijangkiti flu, mendapatkan vaksin dan mengamalkan diet sihat.

"Jika musykil tentang sesuatu simptom, eloklah dirujuk pada doktor seterusnya mengambil ubat yang disarankan. Pesakit juga digalakkan menyertai program senaman dan pemulihan pulmonari bagi membantu pernafasan seterusnya meningkatkan keupayaan pernafasan," ujar beliau.

Ketika ditanya apa yang membezakan penyakit bronkitis dan asma kerana kedua-duanya berkongsi simptom lebih kurang sama, Zal menjelaskan bahawa seseorang yang kerap kali mendapat bronkitis mungkin sebenarnya menghidap asma.

"Asma ialah sejenis penyakit kronik akibat keradangan pada saluran pernafasan. Dinding saluran pernafasan pesakit asma biasanya membengkak dan menghasilkan mukus atau lendir.

"Saluran pernafasan pesakit asma menjadi hiper aktif atau hiper responsif hingga menyebabkan penguncupan saluran pernafasan. Mereka akan mengalami simptom yang kronik dan berulang-ulang," katanya.

Lebih spesifik, pesakit asma boleh mengalami alahan pada variasi kemungkinan seperti habuk, lipas, kucing, anjing, burung, arnab, hamster, fungus dan kulapuk, debunga, asap rokok, kereta, pembakaran dan pencemaran udara.

*****
Sumber:
Pesona Kosmo

Tuesday, November 9, 2010

Kelebihan Zulhijjah

Tiada suatu hari pun yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula,

HARI dan KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun.

3 ZULHIJJAH doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir) . Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih) . Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripadaBukit Uhud yang terdapat di Madinah


Amalan Di Bulan Zulhijjah


HARI DAN AMALAN

1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa

8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

9 Zulhijjah(Hari Wukuf di Arafah) Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
Solat sunat qabliyah asar
Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
Membaca Laillahaillalah wahdahula... .huallakulishaii nkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
Solat sunat tasbih
Solat sunat hajat
Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

10 ZulhijjahHari Raya Haji/Korban Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha- Membaca takbirMelakukan korban

11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu

29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Untuk Terangkan MATA Kabur


Bahan:-

Teras POKOK MAMBU

Caranya:
Dapatkan teras pokok mambu yang agak tua yang berwarna putih. Kemudian masuk ke periuk tanah campur air dan masak sehingga mendidih. Amalkan dengan meminum pada sebelah pagi
dan petang.

Jika JANTUNG Anda Berdebar Dengan Laju


1. Jika jantung anda berdebar dan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Jika anda kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Jika sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Jika semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jika kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jika tapak tangan anda semakin basah

MAKA ikutilah nasihat-nasihat ini :

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi marjerin
6.Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, dan potato chip
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit. Selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah, tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Anda jiga boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai ,kerana ia dicampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.