Wednesday, August 4, 2010

Hidup Penuh Keajaiban

Kesedaran perlu ada pada diri setiap insan bahawasanya betapa kerdilnya diri kita di sisi ALLAH.Betapa Maha pemurahnya ALLAH yang sentiasa mengkabulkan doa hambaNYA itu.

Hidup ini penuh keajaiban, kerana setiap keajaiban itu adalah kehendak ALLAH. Adakalanya kita buntu disebabkan masalah dan masalah itu umpama tiada jalan penyelesaiannya.Tiba-tiba sesuatu yang dianggap ‘miracle’ berlaku sehingga masalah anda dapat diselesaikan dengan mudah. Itulah keajaiban ALLAH yang ditakdirkan untuk kita.

Keajaiban itu sentiasa ada dan tidak pernah putus, kerana keajaiban ALLAH tidak terbatas dan juga tidak bertepi. Namun adakalanya diri kita sendiri yang menutup keajaiban itu.

Segalanya adalah datang dari persepsi. Persepsi yang membataskan kehadiran ‘miracle’ ke dalam hidup. Walau dalam apa juga yang dilakukan, janganlah mudah berputus asa, kerana dengan putus asa akan menutup keajaiban datang ke dalam hidup anda.

Sentiasalah bersyukur, kerana syukur adalah doa yang paling mustajab yang akan membuka pintu keajaiban kedalam hidup kita.

0 comments:

Post a Comment