Bahan-bahannya:-
Daun Lidah Buaya, Bunga Raya, Pokok Litup Bumi & Minyak Zaitun
Masalah keguguran rambut bukan sahaja dialami oleh wanita malah lelaki juga tidak terkecuali. Bagi mengatasinya, ambil lendir daun lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun lalu sapukan pada keseluruhan rambut dan bungkus kepala dengan tuala seama setengah jam. Cuci & bilas bersih2. Amalkan seminggu sekali.
Meredakan benjol di kepala..
Bahan-bahannya :-
Asam Jawa & Garam
Terkena pukulan benda keras seperti batu atau kayu boleh menyebabkan kepala benjol. Bagi meredakan benjol tersebut, segera sapukan air perahan asam jawa dan sedikit garam yang pekat ke atas benjol tersebut. Insya-Allah dalam masa 1 5 minit, kesan benjol tersebut akan mengecil dan mengempis.
Almari Pakaian Berbau..
Bahan-bahannya :-
Daun Pandan
Bagi anda yang inginkan atmari pakaian sentiasa berbau harum, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, racik halus-halus dan masukkan di dalam satu bekas. Letakkan di dalam almari pakaian anda. Tukarkan daun pandan tersebut selepas tiga hari. Selain atmari berbau harum, anda juga boleh menjimatkan kos.
Atasi Mulut Berbau..
Bahan-bahannya :-
Daun Sireh, Air Suam & Garam
Masalah mulut berbau pasti akan mendatangkan ketidakyakinan apabila berbual dengan seseorang. Bagi mengatasinya, racik halus-halus tujuh helai daun sirih dan ramas dengan semangkuk air suam. Campurkan dengan sedikit garam dan berkumurlah dengan air tersebut pada setiap hari, Insyaalah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
Elakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin
Bahan-bahannya :-
Kunyit Hidup, Garam, Asam Jawa, Cuka Makan
DALAM masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barut perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas tempoh berpantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika sentiasa mengamalkannya nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut.
Menghilangkan Rasa Gatal Di Tempat Sulit
Bahan-bahannya :-
Daun Sireh, Daun Inai
Rasa gatal di tempat sulit akan menimbulkan ketidakselesaan bagi kaum wanita amnya. Cecair pencuci khas boleh dibeli difarmasi dan sekiranya anda ingin mencuba secara tradisi kaedah yang berikutnya boleh d amalkan. Rebuskan beberapa helai daun sirih dan daun inai, biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Biarkan sehingga air rebusan menjadi suam dan kemudian gunakan untuk membasuh tempat sulit setiap kali anda membuang air kecil atau rasa kurang selesa.
0 comments:
Post a Comment