Friday, April 9, 2010

Khasiat Lobak Merah


Photobucket

Anda tentu berasa gusar melihat kulit wajah yang mula menampakkan
garis-garis kedutan. Mahu tahu cara mengatasinya? Ambil sebatang
lobak merah dan kemudian parutkannya. Selepas itu, campurkan parutan
itu dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sehingga
sebati dan oleskan pada wajah. Lakukan ia sekali sehari dan amalkan
selalu untuk hasil yang menggembirakan.

Selain dapat mengurangkan kedut di muka, lobak merah bagus untuk
mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A.
Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi.
Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan
yang baik pada waktu malam.

0 comments:

Post a Comment