Friday, April 9, 2010

Khasiat Lobak Putih


Photobucket

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi
dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman.
Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan
dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan
terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional
untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik
dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma,
batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta
mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera,
lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan
mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

** Di sertakan resepi sup lobak putih. Dikatakan bahawa sup ini adalah
baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara menyediakannya mudah sahaja :-

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.

0 comments:

Post a Comment