Monday, November 15, 2010

Agar Kelihatan Menawan dan Langsing


Pakai Seluar Hitam:-

Salah satu “pakaian mesti ada” di dalam almari anda ialah seluar berwarna hitam. Warna hitam memainkan peranan penting dalam memudarkan penglihatan orang ramai agar mereka melihat anda dalam saiz yang lebih kecil. Dinasihatkan anda membeli beberapa helai seluar hitam yang berpotongan lurus. Paling penting, dapatkan seluar yang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jangan terlalu ketat atau sendat. Sebaik-baiknya, anda perlu ada paling minima 3 helai seluar hitam sebagai koleksi.


Pakai Seluar Denim :-

Seluar denim mampu menonjolkan keistimewaan dan menutupi kelemahan fizikal anda. Sama seperti seluar hitam, dapatkan seberapa banyak seluar denim yang sesuai sebagai koleksi anda.


PANDUAN MEMBELI:-

a. Punggung yang besar akan kelihatan kecil jika anda memakai seluar denim potongan khusus untuk kaum lelaki.


b. Jika anda ingin kaki kelihatan panjang, beli seluar denim yang panjang dan gandingkan bersama dengan pemakaian sepatu bertumit tinggi.


c. Beri perhatian khusus kepada bahagian poket belakang. Ini kerana ia membantu mengubah pandangan orang lain terhadap dimensi punggung anda.


d. Jika anda memiliki peha yang besar, hindari rekaan seluar denim yang dilunturkan warnanya di bahagian kaki terutamanya peha. Ia akan menarik perhatian orang lain untuk melihat bahagian berkenaan.

0 comments:

Post a Comment