Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini.
Sama-sama lah kita renungkan segala kebaikan di sebalik perayaan ini.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau didalam bahasa Arab disebut Eiduladha merupakan perayaan yang dirayakan di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Aidiladha juga adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya. Peristiwa ini adalah ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail ,tapi Allah s.w.t. telah menukarkannya dengan seekor qibas (biri-biri).

Selain itu juga, seperti hari raya Aidilfitri, di pagi hari raya Aidiladha,kita disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan sedikit wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.7 kali takbiratulihram pada rakaat pertama dan 5 kali di rakaat kedua.

0 comments:

Post a Comment