Saturday, July 24, 2010

Berfikir Sebelum Bertindak

Perkongsian cerita tentang seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa balik ke rumah dengan membawa pulang sebuah trak baru. Trak yang menjadi kebanggaannya. Iyealah dapat trak baru siapa yang tak gembirakan ?

Trak tersebut ditinggalkan di depan rumah sementara lelaki tadi membersihkan diri. Anak lelaki itu yang baru balik ke rumah ternyata sungguh teruja melihat trak baru berada di depan rumahnya. Kanak-kanak itu bergendang di atas trak baru bapanya penuh kesukaan. Akibatnya trak baru tersebut tercalar dan sedikit kemek. Lelaki tersebut berlari ke arah anaknya, memarahi dan memukul tangan anaknya dengan kayu sebagai hukuman kerana telah mencalarkan trak barunya.

Setelah sang ayah tenang kembali, dia segera membawa anaknya ke hospital. Walaupun doktor telah mencuba segala usaha untuk menyelamatkan jari-jari anaknya yang hancur tetapi ia tetap gagal. Akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan dan membuang ke semua jarinya. Ketika anak kecil itu sedar, dia mendapati tangannya berbungkus kain putih dan dimaklumkan sesungguhnya jari jemarinya telah dipotong kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Anak kecil itu berkata, ‘Papa, adik minta maaf sebab telah merosakkan trak baru papa ‘ Kemudian, ia bertanya, ‘ tetapi bila jari- jari adik akan tumbuh kembali ? Ayahnya tersentak dan seribu penyesalan menyelinap ke dalam minda.

Apa yang boleh kita ambil dari cerita di atas ? Berfikirlah dahulu sebelum kita kehilangan kesabaran dan mengambil tindakan yang membuta tuli. Trak boleh dibaiki tetapi bagaimana dengan tulang yang hancur dan hati yang disakiti ? Adakah ia mampu untuk diperbaiki ?

Terlalu sering kita gagal untuk membezakan antara orang dan perbuatannya, kita seringkali lupa bahwa memberi maaf lebih besar daripada membalas dendam. Setiap dari kita tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, tindakan yang kita ambil dalam kemarahan akan menghantui kita selamanya. Tahan, tunda dan fikirkan sebelum mengambil tindakan. Memaafkan dan melupakan, mengasihi satu dengan lainnya. Ingatlah, jika kita menghakimi orang, kita tidak akan ada waktu untuk mencintainya, masa tidak akan dapat dikembalikan….hidup kita ni bukanlah sepeprti VCD PLAYER, yang dapat di backward dan Forward………HIDUP hanya ada punat PLAY dan STOP saja….

0 comments:

Post a Comment