Saturday, July 24, 2010

Takdir & Usaha

Jom kongsi beberapa pepatah Melayu seperti yang berikut ;
-Yang sejengkal tidak jadi sedepa
-Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih
-Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
-Asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai juga
-Secubit tidak dapat menjadi segenggam
Berikut pula beberapa pepatah Cina;
-Baik dan jahat adalah hasil kelakukan manusia
-Kedudukan atau kesukaan bergantung kepada mereka
-Kekayaan dan kehormatan adalah semua hasil kerajinan dan jimat, kemiskinan adalah semuanya disebabkan berat tangan
-Menusia bebas membuat baik atau jahat, kedukaan atau kesukaan adalah hasil buatan mereka.
-Tugas saya ialah berusaha sekuat-kuatnya, tepulanglah kepada Tuhan memberi saya kejayaan.
Sejak kita mula memikirkan tentang kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini, perbahasan sama ada takdir menentukan segalanya atau kita bebas menentukan nasib kita ?
Kalaulah datang orang yang hendak menikam kita, adakah kita akan menyerah sahaja kepada nasib ? Tidakkah kita berikhtiar untuk mengelakkan tikaman itu ataupun menagkisnya. Tidak kah ini membuktikan kita boleh berusaha dan berikhtiar mempengaruhi nasib kita ?
Adakah mereka yang berpegang kepada kepercayaan takdir menentukan segala-galanya itu sengaja mencari dalih mengapa dia tidak berjaya dalam kehidupan yang sebenarnya adalah disebabkan oleh kemalasannya sendiri. Juga dia menggunakannya sebagai rasionalisasi untuk menyakinkan dirinya sendiri bahawa kegagalannya bukanlah kerana kesalahan dirinya sendiri atau kurang usahanya tetapi oleh kuasa diluar dirinya. Dengan itu tidaklah perlu dia membaiki dirinya.
Perkara ini masih terus diperdebatkan sehingga kini. U all pula macam mana ? Antara takdir dan usaha, mungkin kita boleh kongsikan di sini…..
Namun tidak bermakna saya tidak percaya pada takdir atau Qada dan Qadar, kerana ianya merupakan rukun iman yang ke enam yang wajib kita percaya dan terima dengan redha. Sebelum mengundurkan diri seperti biasa saya tinggalkan kata-kata ini “ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri( Surah Ar-Ra’d 11)

0 comments:

Post a Comment