Saturday, July 24, 2010

Cerita Kehidupan

Pada zaman dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas hatinya, dan ada kalanya dia beristirehat lalu terlelap di pangkal pokok epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa pun berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak poko epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mau mainan dan aku memerlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah buah epal yang ada padaku, kemudian jual untuk mendapatkan wang. Dengan begitu, kau dapat membeli mainan yang kau inginkan.” Remaja itu dengan gembiranya memetik semua buah epal dari pokok itu dan pergi. Dia tidak kembali lagi setelah kejadian tersebut. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.”Aku tidak ada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah engkau menolongku?” Tanya anak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong semua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun turut gembira tetapi kemudian ia merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi.
Pada suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk berlayar. Malangnya, aku tidak mempunyai kapal. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai kapal untuk diberikan kepada engkau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan kapal. Kau akan dapat berlayar dengan gembira,” kata pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudian pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi setelah itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin tua, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.”Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada engkau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat kapal. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.”Aku tidak mau buah epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mau dahanmu kerana aku sudah tua dan tidak berdaya untuk memotongnya, aku tidak mau batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk berlayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”
Jika begitu, istirehatlah dan bersandarlah padaku,” kata pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk beristirehat dan bersandar pada pokok epal itu. Mereka berdua menangis kegembiraan.Sedar atau tidak, pokok epal tersebut diibaratkan seperti ibu bapa kita. Di awal usia kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita memerlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Kita mungkin berfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi itulah hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayani ibu bapa mereka. Hargailah jasa Ibu Bapa kita. Begitu besar jasa kedua orangtua kita dan kita tidak mungkin mampu membalasnya, kerana tanpa mereka maka tiadalah kita hari ini.

0 comments:

Post a Comment