Sunday, September 26, 2010

Hidup Umpama Pusingan Roda

Salam perkongsian dan salam lebaran untuk semua. Semoga kisah paparan ini akan dapat mengisi minda kita sekaligus dapat kita menafaatkan dalam kehidupan seharian.

Kita sering mendengar perumpaman mengatakan hidup ini ibarat pusingan roda, tidak selalunya kita berada di atas kerana adakalanya kita berada di bawah dan naik semula atau sebaliknya. Cerita di bawah ini untuk renungan kita bersama.

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu,
datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
”Tolonglah encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.” Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.
Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,
tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.
Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan
sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi
sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu
pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang,
”Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

Renunglah kata-kata ini, Rasulullah SAW Bersabda:-
”Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan”. Anas Malik pula meriwayatkan
bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai
harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu,
maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah
dengan tenaganya”.

0 comments:

Post a Comment