Sunday, August 29, 2010

Dialoq Paderi Kristian Dengan Seorang Pelajar Muslim

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ‘ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah.. .’ dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ‘ (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’ (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ‘

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa ..**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua’lam

Friday, August 27, 2010

Pelbagai Perkara Pelik Dan Aneh Tetapi Benar

Tanpa kita sedar usia kita semakin meningkat dan semakin tua. Begitu juga dengan dunia ini. Berbagai kejadian aneh dan pelik berlaku disekeliling kita. Kadangkala semua yang berlaku itu tidak terjangkau dan terfikir oleh akal kita sendiri. Maklum sajalah kita sebagai manusia biasa hanya mempunyai akal dan fikiran yang cetek dan tidak seberapa.

Kebelakangan ini juga, kita disajikan dengan berbagai keanehan, keganjilan, kepelikan dan misteri yang berlaku disekeliling kita sama ada di media massa ataupun internet, dalam dan luar negara, seperti bayi lahir tapi jantung diluar, ikan ganjil berbadang dua, tulisan atau kalimah ALLAH pada ikan dan badan manusia, ekor kucing bercabang dua dan bermacam lagi ( sekadar mengambil beberapa contoh ).
Bagi sesetengah dari kita, mereka akan merasa takjub dan taksub sehingga menganggap segala keajaiban itu adalah segala-galanya tanpa merujuk kepada ALLAH yang maha pencipta.

Tiada yang pelik bagi ALLAH sebagaimana firmanNYA di dalam Al-Quran yang bermaksud ;
Kemudian akan kami turunkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran. ( Fussilat:53 )

Firmanya lagi yang bermaksud;

Seseungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati ALLAH sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu mereka berkata, Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia ( Al - Imran : 190-191 )

Walaupun disajikan dengan pelbagi perkara pelik dan aneh tapi benar, ada di antara kita yang tidak langsung mengambil kisah seolah-olah tiada apa yang dapat diambil iktibar daripada apa yang berlaku. Tetapi bagi mereka yang beriman hendaklah mengaitkan segala kejadian itu kepada pencipta kita yakni ALLAH dengan mengambil iktibar di atas segala yang berlaku.

Sebagai contoh jika kita berasa diri kita kuat dan hebat, masih ada makhluk yang lebih kuat dan hebat daripada kita, jika kita berasa serba kekurangan, ada pula manusia lain yang jauh lebih kurang daripada kita. Jika kita letakkan diri kita sedemikian rupa, insyaALLAH hidup kita akan tenang tanpa rasa sombong jika diberi kelebihan dan tanpa rasa hina jika hidup dalam serba kekurangan.

Renungan bersama :-
“Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Hidup Bermatlamat

Samada anda sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu tujuan atau matlamat dan yang lain adalah pelengkap bagi mencapai tujuan tersebut.

Individu yang berjaya selalu memiliki matlamat dalam hidupnya. Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan selalu fokus untuk mencapainya. Jadi apakah tujuan atau matlamat dalam hidup anda?

Sebenarnya kemampuan dalam menentukan matlamat adalah jalan menuju kejayaan.Dengan memiliki matlamat anda akan selalu berfikiran positif, sentiasa memiliki idea dan energi yang hebat untuk mencapainya. Itulah sebabnya, dalam hidup kita harus mempunyai matlamat. Ianya ibarat sebuah kompas, matlamat merupakan arah angin yang ingin Anda tuju.
Jika anda tidak memiliki matlamat dalam hidup, kita umpama kapal yang terumbang ambing tanpa mengetahui kemana hala tuju yang sebenar.

Sedarkah anda dimana tahap diri anda hari ini, adalah berpunca dari tujuan atau matlamat anda 5 tahun yang lepas?

Sunday, August 22, 2010

Friendship Quotes

"People never know how special someone is until

they leave,


but maybe sometimes its important to leave,


so they are given that chance to see how special

that someone really is!"




"Friends never make assumptions about you.

They never expect a reason to go out with you.

In fact friends only expect you to be you!"




Monday, August 16, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan

Kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari ALLAH SWT. Jadi tidak hairanlah apabila tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah SAW dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW

Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: ayat 183).

Berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap ALAH terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat ALLAH akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Hakikatnya ialah kita dipilih oleh ALLAH sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini.

Oleh sebab itulah maka bersyukurlah kita, di atas kesempatan yang telah diberikan oleh ALLAH untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga kita semua tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh ALLAH pada Ramadhan kali ini. InsyaALLAH.

ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN

Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu ALLAH Taala dan Berbuka.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi ALLAH yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Diturunkan al-Quran al-Karim.

Firman ALLAH Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah). (Surah al-Baqarah: ayat 185).

Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Malam Lailatul Qadar.

Firman ALLAH Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).

BEBERAPA PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN

1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati ALLAH Taala.
2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ”Akalmu senipis belahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu, jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh”

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.

Salam perkongsian dan salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini khasnya dan umat Islam di mana pun anda berada amnya. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga dengan berkat di bulan yang mulia ini, kita akan sama-sama mendapat manfaatnya dan memanfaatkan kesempatan yang ada.

Sempena keindahan Ramadhan ingin dikongsikan khutbah terakhir dari nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah ALLAH, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Menara Jam Terbesar Di Dunia

Sebelum ini, Big Ben merupakan menara jm yang terbesar dan tertinggi di dunia. Kini tiba pula pencabar baru dari bandar Mekah Arab Saudi, Menara jam Abraj Al-Bait yang bertempatkan di seberang jalan dari Masjid Al Haram.

Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia sepanjang bulan Ramadhan ini.

Seni bangunan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Islam. Khususnya rekaan jam dapat dilihat pada keempat-empat sudut. Nama Allah akan tertulis pada setiap sudut jam tersebut. Menara ini adalah sebahagian daripada hotel Abraj Al-Bait dan kompleks perumahan di Kota Mekah.








Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Photobucket

Selamat menunaikan rukun islam yang ke-3 berpuasa di bulan Ramadhan 1431H kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke laman sesawang Cella yang tidak sepertinya ini. Semoga puasa kita di tahun ini akan lebih diberkati
dan diberi ganjaran pahala yang berlebihan dari tahun2 yang lalu, insyaAllah.

Wednesday, August 11, 2010

Tanpa Iman...

Jika tanpa iman kepada qadha dan qadar, nescaya kita akan terbunuh oleh kesedihan.

Kalaulah bukan kerana iman kita kepada rahmat ALLAH maka kita akan terbunuh oleh rasa putus asa.

Kalaulah bukan kerana iman kita akan kemenangan dan keagungan maka kita akan hangus oleh aliran.

Tanpa iman kita kepada abadinya kebaikan maka kita akan dihancurkan oleh kebatilan.

Photobucket

Tanpa iman kita pada pembahagian rezeki maka kita menjadi orang yang rakus.

Tanpa iman kita pada perhitungan maka kita menjadi orang yang bakhil atau boros.

Tanpa iman kita kepada keadilan ALLAH maka kita termasuk orang-orang yang zalim.

Kalaulah bukan kerana penglihatan kita kepada pengaruh hikmahNYA maka kita akan menjadi orang yang bingung.

Renungan bersama :-
” manusia itu merasa gelisah apabila tubuhnya yang tegap itu mati, disamping itu mereka juga akan bersedih dan menanggis. Akan tetapi engkau akan melihat mereka akan tenang dan bersahaja pada saat hatinya telah mati dan cahaya jiwanya telah padam”.
Mana yang lebih berbahaya antara kematian tubuh dan kematian hati ? Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Kisah Pengajaran

Semoga kita semua mendapat iktibar dari cerita berikut:

Suatu masa dahulu, ada seorang saudagar yang menjual kopiah dari sebuah kampung ke kampung yang lain. Dia menggendong kopiah-kopiahnya yang telah diikat di dalam sebuntil kain ke merata tempat untuk dijual.
Setelah puas berjalan, saudagar itu berehat di bawah sepohon pokok di pinggir hutan. Oleh kerana terlalu penat, saudagar itu pun terlena.
Tidak berapa lama kemudian datang sekumpulan beruk. Beruk-beruk tersebut turun dari atas pokok dan mengambil kopiah-kopiah saudagar itu lalu memakainya seperti mana saudagar yang sedang tidur lena itu.
Sebaik terjaga, saudagar itu mendapati buntil kainnya berselerak dan tiada satu pun kopiahnya yang tertinggal kecuali kopiah yang dipakainya. Apabila dia memandang ke atas pokok, dia melihat sekumpulan beruk memakai kopiah-kopiahnya di kepala mereka.
Dia kemudian membuka kopiahnya lalu menggaru-garukan kepalanya sambil memikirkan cara terbaik untuk mendapatkan semula kopiah-kopiahnya. Tanpa disedari, beruk-beruk itu meniru gelagat atau perbuatan saudagar tadi.
Keadaan ini memberi ilham kepada saudagar tadi, saudagar itu melambungkan kopiahnya dan menyambutnya beberapa kali. Beruk-beruk itu memerhati dan kemudiannya meniru kelakuan saudagar itu.
Malangnya apabila beruk-beruk itu melambungkan kopiah, beruk-beruk itu tidak dapat menyambutnya semula lalu jatuh ke bawah.
Di penghujung cerita, saudagar tadi berjaya mendapatkan semula semua kopiah-kopiahnya kerana sikap beruk-beruk tadi, meniru kelakuan saudagar tanpa menyedari implikasinya.
Apa yang kita boleh rumuskan dari cerita di atas, kadangkala kita bertindak seperti beruk-beruk di dalam kisah tadi. Ini kerana, kita begitu mudah untuk meniru dan mengikut orang lain. Persoalannya sama ada kita tahu apa yang ditiru baik atau sebaliknya, tidak pula kita fikirkan.

Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.

Berfikiran Positif

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba untuk mendaki. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.
Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujur, tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata; “Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka Tidak akan mampu sampai ke puncak.” …Menaranya terlalu tinggi…!!”
Katak-Katak kecil mulai berjatuhan satu persatu, kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak “Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!” Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah, tapi ada seekor katak kecil yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi, dia tidak mahu menyerah kalah!


Katak kecil yang begitu bersemangat itu menjadi satu-satunya yang berjaya sampai KE PUNCAK! Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata… Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!! Emm adakah katak kecil ini berjaya disebabkan dia tuli dan kurang upaya ?
Sebenarnya tidak, katak kecil ini bukannya tuli kerana tidak mampu untuk mendengar sebaliknya dia menulikan telinganya dari mendengar suara-suara dari persekitarannya.
Jadi jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif, kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu! Jadi langkah terbaik ialah bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa kamu tidak boleh mencipta kejayaan dan mencapai cita-citamu!

Renungan bersama:-
” kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menanggis dan tertanya-tanya ke manakah hilangnya sinar mentari, rupa-rupanya ALLAH mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah “.

Pandanglah Dengan Mata Hati

Kalau dilihat dari sudut pandangan satu mata, mungkin ia membawa maksud satu bentuk pandangan iaitu pandangan tersurat.
Kita sepatutnya melihat sesuatu perkara dengan tersurat dan tersirat. Dalam erti kata yang lain, ia merujuk kepada mata kasar dan mata hati.
Namun tidak dapat dinafikan, ramai di antara kita yang hanya memandang dengan satu mata saja, iaitu mata kasar. Mungkin inilah sebabnya mengapa manusia begitu mengejar dunia dan segala macam isi yang ada di dalamnya sehingga sanggup meminggirkan sang pencipta.
Janganlah menjadi seperti Dajal yang bermata satu dan hanya nampak sesuatu yang bersifat luaran sahaja tetapi tidak nampak sesuatu yang bersifat dalaman.
Gunakanlah mata hati untuk melihat tamsilan serta mengambil iktibar akan setiap perkara, keadaan dan peristiwa. Kerana setiap entiti kejadian mempunyai hikmahnya yang tersendiri untuk sama-sama kita fikirkan.

Kata-Kata Hikmah

Himpunan kata-kata hikmah ini untuk menyemarakkan lagi semangat
kita untuk menghadapi liku-liku hidup ini.

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang memandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah
berasa marah.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Sunday, August 8, 2010

Magnet Cinta ALLAH

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud:

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada ALLAH. (al- Baqarah: 165)

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada ALLAH sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.

Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.
Menyebut cinta kepada ALLAH atau menyebut nama ALLAH terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan ALLAH itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai ALLAH tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. ALLAH memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, ALLAH paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai ALLAH ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan ALLAH yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.
ALLAH berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:

Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).

Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa ALLAH adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.
Saban hari, kita memerlukan ALLAH untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang ALLAH. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.

Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.
Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.

Kecintaan kepada ALLAH adalah suatu kedudukan yang istimewa. ALLAH mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain ALLAH, ALLAH meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Tanda cinta kepada ALLAH

Ramai manusia yang mengaku mencintai ALLAH tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan ALLAH tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu ALLAH, maka ALLAH suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai ALLAH pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu ALLAH dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”
Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.

ALLAH SWT berfirman:
Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)

Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada ALLAH kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya.

Orang yang mencintai ALLAH sentiasa mengutamakan apa yang disukai ALLAH daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai ALLAH meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.

Bahkan, apabila kecintaan kepada ALLAH telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Kecintaan kepada ALLAH merupakan sebab ALLLAH mencintainya. Apabila ALLAH telah mengasihinya, maka ALLAH akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri.

Maka ALLAH tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian ALLAH berfirman:
Dan ALLAH lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah ALLAH sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah ALLAH sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (al-Nisa’: 45)

Orang yang mencintai ALLAH, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan ALLAH tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada ALLAH, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Orang yang mencintai ALLAH kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan ALLAH, bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai ALLAH tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman ALLAH:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)

Orang yang mencintai ALLAH tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada ALLAH. Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan ALLAH.

Orang yang mencintai ALLAH juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata: “Tanda orang yang cintakan ALLAH, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.”

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah ALLAH. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta ALLAH tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta ALLAH. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta ALLAH, cinta yang hakiki dan sejati.

Penghujung Usia

Salam perkongsian untuk semua.
Apa perasaan kita apa bila mendapat perkhabaran mereka yang begitu dekat dengan kita ditimpa musibah ? dan apa pula perasaan kita jika tiba-tiba dimaklumkan kita menghidap penyakit kronik, yang tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?
Atau mungkin kita dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya dan berdaya untuk bergerak bebas, segalanya perlu dibantu, dan hanya menanti keajaiban untuk sembuh. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui penghujung usia kita. Setiap detik berlalu bermakna kita makin dekat menghampirinya. Setiap majlis hari lahir yang disambut bermakna kian singkatlah umur kita. Walaupun angka usia kita akan meningkat dari masa ke semasa hakikatnya usia kita semakin berkurang, bukan bertambah…

Sakit merupakan peringatan, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu cara ALLAH meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian itu… …

Pun begitu berapa ramai di antara kita yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului dengan peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki…

Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh dicabut dari jasad ?…
Kerdilnya diri ini mengenangkan dosa demi dosa, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan … alangkah kecilnya. Jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat…
Seperti biasa sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini “ buatlah satu kebaikan yang akan terus hidup walaupun selepas kita mati ”

Thursday, August 5, 2010

Sukar Untuk Memaafkan?

Jom berkongsi satu artikel ringkas yang telah saya baca mengenai kemaafan.
Perkongsian yang agak menarik semoga ianya menjadi panduan untuk kita semua.
Memaafkan sebagai sesuatu yang sangat penting untuk dilakukan dan ini adalah tindakan yang sangat egois. Namun apa sebenarnya yang terjadi saat kita memaafkan seseorang atau peristiwa yang dulunya menyakiti perasaan dan menyusahkan diri kita?

Memaafkan tidak bererti kita melupakan apa yang telah tejadi.
Memaafkan tidak mengharuskan anda memberitahu orang lain
Memaafkan adalah untuk diri anda bukan untuk orang yang telah menyakiti anda
Memaafkan tidak bererti anda suka pada apa yang telah terjadi
Memaafkan tidak bererti anda mengabaikan apa yang telah terjadi
Memaafkan tidak bererti anda suka pada orang yang menyakiti anda
Memaafkan tidak bererti anda mengizinkan atau membiarkan orang yang menyakiti anda kembali lagi dalam hidup anda
Memaafkan bererti anda tidak lagi merasa marah, tetapi mungkin anda akan merasa sedih atau kasihan pada orang yang menyakiti anda
Memaafkan bererti anda memutuskan untuk hidup di saat ini,bukan di masa lalu

Setelah anda membaca kenyataan yang di atas, adakah anda masih lagi sukar untuk memaafkan? Terlalu banyak kesan positif pada diri sekiranya kita tahu bagaimana untuk memaafkan.

Hilangkan kemarahan anda dan hidupah dengan penuh kasih sayang.Semoga anda sentiasa dilimpahi rahmat olehNYA.

Wednesday, August 4, 2010

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab ialah bulan yang penuh keberkatan. Rejab bermaksud ta’azim(kebesaran, keagungan dan kemuliaan)kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan semoga kita tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.

Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh kita semua dengan memperbanyakkan ibadah.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Renungan bersama :-

REJAB bulan menabur benih.
SYAABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYAABAN menyucikan hatinya.
RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat.
SYAABAN bulan muhibbah.
RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Hidup Penuh Keajaiban

Kesedaran perlu ada pada diri setiap insan bahawasanya betapa kerdilnya diri kita di sisi ALLAH.Betapa Maha pemurahnya ALLAH yang sentiasa mengkabulkan doa hambaNYA itu.

Hidup ini penuh keajaiban, kerana setiap keajaiban itu adalah kehendak ALLAH. Adakalanya kita buntu disebabkan masalah dan masalah itu umpama tiada jalan penyelesaiannya.Tiba-tiba sesuatu yang dianggap ‘miracle’ berlaku sehingga masalah anda dapat diselesaikan dengan mudah. Itulah keajaiban ALLAH yang ditakdirkan untuk kita.

Keajaiban itu sentiasa ada dan tidak pernah putus, kerana keajaiban ALLAH tidak terbatas dan juga tidak bertepi. Namun adakalanya diri kita sendiri yang menutup keajaiban itu.

Segalanya adalah datang dari persepsi. Persepsi yang membataskan kehadiran ‘miracle’ ke dalam hidup. Walau dalam apa juga yang dilakukan, janganlah mudah berputus asa, kerana dengan putus asa akan menutup keajaiban datang ke dalam hidup anda.

Sentiasalah bersyukur, kerana syukur adalah doa yang paling mustajab yang akan membuka pintu keajaiban kedalam hidup kita.

Penyakit Hati Yang Semakin Berleluasa

Pernah tak anda memdengar cerita mengenai sikap dengki mendengki tidak kiralah dikalangan rakan-rakan mahupun di pejabat ? Saya sendiri akui kadangkala terasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tapi saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan ingin mencapainya bersama-sama dengan mereka. Apa yang saya tak faham kenapa ada yang berhasad dengki sehingga sanggup mengkhianati rakan sendiri. Pelik tapi itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan ketika ini.

Sedar atau tidak kita sebenarnya amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan kita. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah digariskan.

Jika kita perhalusinya lagi, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari kita. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti mengadu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa ? kerana mereka tidak mahu melihat orang lain lebih senang dari mereka ? Betulkah begitu ?

Kenapa ini mesti berlaku ? Adakah dek kerana kita sedang mengalami kecelaruan dan kurang faham mengenai konsep rezeki ALLAH yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha ? Bukankah rezeki itu masih mampu diperolehi tanpa perlunya kita menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang diingini ? Bukankah Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki ? Sama-samalah kita renungkan bersama.

Renungkan ayat ini ……Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi…

Lelaki Terendah Di Dunia









Khagendra Thapa Magar di lahirkan pada tahun 1991 anak lelaki kepada Rup Bahadur and Dhana Maya Thapa Magar ialah lelaki yang terendah di dunia, berukuran 0.56 meter (1 kaki 10 inci).

Magar berasal dari daerah Baglung di Nepal semasa dilahirkan dengan berat badan 600 grams (21 oz) dan sekarang beratnya ialah 5.5 kilograms

Tuesday, August 3, 2010

Pada suatu hari seperti biasanya, Anwar sedang berkumpul bersama bersama sahabatnya, Wak Kucro, Adi dan Ariez. Mereka asyik menikmati kurma yang dibeli petang tadi sambil tengok TV, almaklumlah duduk rumah bujang.

Timbul fikiran Anwar untuk mengenakan Wak Kucro.

Anwar memakan sebiji buah kurma dan kemudian bijinya diletakkan didepan Wak Kucro. Demikian seterusnya, setiap kali habis makan kurma, biji diletakkannya di depan Wak Kucro.

Anwar : “Lihatlah…siapa diantara kita yang makan kurma paling banyak?”

Mereka secara spontan mencari siapa yang makan kurma paling banyak dengan melihat biji-biji kurma di depan masing-masing.

Tak berapa lama selepas itu , Anwar menjawab pertanyaan yang diajukannya sendiri.

Anwar : “Wak lah yang paling banyak makan buah kurma…lihat saja biji kurma didepannya. Dia mengumpulkan paling banyak biji kurma”.

Wak Kucro bengang pasal dia rasa dia makan macam biasa jer, dia menangani gurauan Anwar dengan bijak.

Wak Kucro : “Lihat.. . Anwar makan kurma dengan biji-bijinya…sebab tu takde biji kurma depan dia ”

Kengkawan yang lain pun ikut tertawa.

Nasi Lemak Ayam

Anwar hendak membeli nasi lemak di kedai Wak Kurco,

Anwar: Bang ada nasi lemak ayam?

Wak : Ada harganya empat ringgit 50 sen

Anwar : Hmm, nasi lemak telur ayam?

Wak : Ada…dua ringgit lima puluh sen

Anwar : Ada yang 50 sen tak?

Wak : Ada..nasi lemak taik ayam..!

Siapa Yang Gila Ek!?

Dua orang pesakit di Hospital Permai sedang melepak di bawah pokok. Di situ ada kerusi dan meja tempat berehat. Mereka boring gila, dah la gila boring gila pulak sampai naik gila dibuatnya.

Orang gila 1 : “Kita main dam jom!”

Orang gila 2 : “Tapi takde buah dam”

Orang gila 1 : “Kita main bayangannya aja.”

Lalu tanpa papan dam mereka memulakan permainan dam. Tak, tak,tak -haha aku makan 3 buah dam ko terus naik haji!”

Begitu syoknya mereka bermain, hingga waktu rehat habis.
Selepas mereka masuk, tukang sapu datang ketempat mereka bermain dam aji bayangan tadi, lalu berkatalah dia.

Tukang sapu : (sambil menggerakan tangan) “Dasar orang-orang gila, selesai main dam bukannya nak kemas balik!”

????????