Wednesday, August 11, 2010

Pandanglah Dengan Mata Hati

Kalau dilihat dari sudut pandangan satu mata, mungkin ia membawa maksud satu bentuk pandangan iaitu pandangan tersurat.
Kita sepatutnya melihat sesuatu perkara dengan tersurat dan tersirat. Dalam erti kata yang lain, ia merujuk kepada mata kasar dan mata hati.
Namun tidak dapat dinafikan, ramai di antara kita yang hanya memandang dengan satu mata saja, iaitu mata kasar. Mungkin inilah sebabnya mengapa manusia begitu mengejar dunia dan segala macam isi yang ada di dalamnya sehingga sanggup meminggirkan sang pencipta.
Janganlah menjadi seperti Dajal yang bermata satu dan hanya nampak sesuatu yang bersifat luaran sahaja tetapi tidak nampak sesuatu yang bersifat dalaman.
Gunakanlah mata hati untuk melihat tamsilan serta mengambil iktibar akan setiap perkara, keadaan dan peristiwa. Kerana setiap entiti kejadian mempunyai hikmahnya yang tersendiri untuk sama-sama kita fikirkan.

0 comments:

Post a Comment