Friday, August 27, 2010

Pelbagai Perkara Pelik Dan Aneh Tetapi Benar

Tanpa kita sedar usia kita semakin meningkat dan semakin tua. Begitu juga dengan dunia ini. Berbagai kejadian aneh dan pelik berlaku disekeliling kita. Kadangkala semua yang berlaku itu tidak terjangkau dan terfikir oleh akal kita sendiri. Maklum sajalah kita sebagai manusia biasa hanya mempunyai akal dan fikiran yang cetek dan tidak seberapa.

Kebelakangan ini juga, kita disajikan dengan berbagai keanehan, keganjilan, kepelikan dan misteri yang berlaku disekeliling kita sama ada di media massa ataupun internet, dalam dan luar negara, seperti bayi lahir tapi jantung diluar, ikan ganjil berbadang dua, tulisan atau kalimah ALLAH pada ikan dan badan manusia, ekor kucing bercabang dua dan bermacam lagi ( sekadar mengambil beberapa contoh ).
Bagi sesetengah dari kita, mereka akan merasa takjub dan taksub sehingga menganggap segala keajaiban itu adalah segala-galanya tanpa merujuk kepada ALLAH yang maha pencipta.

Tiada yang pelik bagi ALLAH sebagaimana firmanNYA di dalam Al-Quran yang bermaksud ;
Kemudian akan kami turunkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran. ( Fussilat:53 )

Firmanya lagi yang bermaksud;

Seseungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati ALLAH sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu mereka berkata, Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia ( Al - Imran : 190-191 )

Walaupun disajikan dengan pelbagi perkara pelik dan aneh tapi benar, ada di antara kita yang tidak langsung mengambil kisah seolah-olah tiada apa yang dapat diambil iktibar daripada apa yang berlaku. Tetapi bagi mereka yang beriman hendaklah mengaitkan segala kejadian itu kepada pencipta kita yakni ALLAH dengan mengambil iktibar di atas segala yang berlaku.

Sebagai contoh jika kita berasa diri kita kuat dan hebat, masih ada makhluk yang lebih kuat dan hebat daripada kita, jika kita berasa serba kekurangan, ada pula manusia lain yang jauh lebih kurang daripada kita. Jika kita letakkan diri kita sedemikian rupa, insyaALLAH hidup kita akan tenang tanpa rasa sombong jika diberi kelebihan dan tanpa rasa hina jika hidup dalam serba kekurangan.

Renungan bersama :-
“Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

0 comments:

Post a Comment