Pernah tak anda memdengar cerita mengenai sikap dengki mendengki tidak kiralah dikalangan rakan-rakan mahupun di pejabat ? Saya sendiri akui kadangkala terasa dengki dengan kejayaan orang lain. Tapi saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan ingin mencapainya bersama-sama dengan mereka. Apa yang saya tak faham kenapa ada yang berhasad dengki sehingga sanggup mengkhianati rakan sendiri. Pelik tapi itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan ketika ini.
Sedar atau tidak kita sebenarnya amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan kita. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah digariskan.
Jika kita perhalusinya lagi, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari kita. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti mengadu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa ? kerana mereka tidak mahu melihat orang lain lebih senang dari mereka ? Betulkah begitu ?
Kenapa ini mesti berlaku ? Adakah dek kerana kita sedang mengalami kecelaruan dan kurang faham mengenai konsep rezeki ALLAH yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha ? Bukankah rezeki itu masih mampu diperolehi tanpa perlunya kita menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang diingini ? Bukankah Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki ? Sama-samalah kita renungkan bersama.
Renungkan ayat ini ……Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi…
0 comments:
Post a Comment