Thursday, August 5, 2010

Sukar Untuk Memaafkan?

Jom berkongsi satu artikel ringkas yang telah saya baca mengenai kemaafan.
Perkongsian yang agak menarik semoga ianya menjadi panduan untuk kita semua.
Memaafkan sebagai sesuatu yang sangat penting untuk dilakukan dan ini adalah tindakan yang sangat egois. Namun apa sebenarnya yang terjadi saat kita memaafkan seseorang atau peristiwa yang dulunya menyakiti perasaan dan menyusahkan diri kita?

Memaafkan tidak bererti kita melupakan apa yang telah tejadi.
Memaafkan tidak mengharuskan anda memberitahu orang lain
Memaafkan adalah untuk diri anda bukan untuk orang yang telah menyakiti anda
Memaafkan tidak bererti anda suka pada apa yang telah terjadi
Memaafkan tidak bererti anda mengabaikan apa yang telah terjadi
Memaafkan tidak bererti anda suka pada orang yang menyakiti anda
Memaafkan tidak bererti anda mengizinkan atau membiarkan orang yang menyakiti anda kembali lagi dalam hidup anda
Memaafkan bererti anda tidak lagi merasa marah, tetapi mungkin anda akan merasa sedih atau kasihan pada orang yang menyakiti anda
Memaafkan bererti anda memutuskan untuk hidup di saat ini,bukan di masa lalu

Setelah anda membaca kenyataan yang di atas, adakah anda masih lagi sukar untuk memaafkan? Terlalu banyak kesan positif pada diri sekiranya kita tahu bagaimana untuk memaafkan.

Hilangkan kemarahan anda dan hidupah dengan penuh kasih sayang.Semoga anda sentiasa dilimpahi rahmat olehNYA.

0 comments:

Post a Comment